Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zukifli Noordin diminta menjelaskan siapakah ulama PAS yang dikatakan menyokongnya ekoran dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Setahu saya, hanya Ustaz Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling) dan saya sahaja yang rapat dan selalu membela beliau. Sejak petisyen terhadapnya ditarik balik oleh calon Umno/BN, dia tidak lagi berhubung dengan saya.
“Apabila saya hubungi Ustaz Taib, dia pun beritahu hal yang sama. Jadi siapa sebenarnya ulama PAS yang sokong beliau lagi,” kata bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang kepada Harakahdaily.
Dalam satu kenyataan media, Zulkifli berkata, beliau mendapat sokongan penuh daripada ulama PAS.
“Saya tertanya-tanya siapakah ulama PAS itu,” ujar Ahmad lagi yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak.
Sebelum ini, satu media elektronik melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sedia mempertimbangkan Zulkifli menyertai parti itu.
Namun dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai menjelaskan laporan itu, beliau memberitahu apa yang dinyatakan itu adalah dasar terbuka PAS.
Begitupun, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang yakin PAS tidak akan menerima Zulkifli sebagai ahli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan