Khamis, 18 Mac 2010

Model Ekonomi Baru Umno-BN seperti DEB kecundang

Nash Ar-Rawy


Model Ekonomi Baru tajaan UBN ternyata perulangan kesilapan yang pernah berlaku kepada DEB yang kecundang akhirnya , kerna tiada berteraskan prinsip ekonomi Islam ; sebaliknya lebih menjurus kepada kepentingan kapitalisma, monopolisma, kronisma, nepotisma dan parochialisma yang merupakan amalan tradisi UBN; JUARA MENIPU!

Terdapat banyak kementerian dan agensi kerajaan di bawah DEB dahulu selain daripada Kemenerian Keusahawan Bumiputra yang ditutup. Selagi UBN masih lagi dengan sikap rakus dan bersifat kekorunan di dalam memfaraidkan kekayaan negara dan projek di kalangan kroninya sahaja , selagi itulah masaalah ekonomi bumiputra dan bukan bumiputra tiada akan selesai. Tidak seperti Guan Eng gunapakai kabel komputer bukan kroni !

Justeru kerna , Islam mengharamkan kekayaan sesebuah negara itu berputar di kalangan orang yang tertentu sahaja . Namun UBN melalui MEB masih lagi dengan sikap mengenyangkan kuncu-kuncu , suku-sakat kroninya .

Kesan yang masih berleluasa ialah merampas emas hitam kepunyaan rakyat kelantan untuk diagihfaraidkan sesama kuncu-kuncu seperti yang berlaku di Terengganu ; pembaziran Masjid Kristal untuk mengkayakan kroni elit Umnoputra sahaja sedangkan Terengganu dikatogerikan negeri yang kedua termiskin di Malaysia ; mengatasi Kelantan, walaupun merupakan Negeri yang terkaya dengan emas hitam tetapi warganya antara yang termiskin. Mana pembelaan rakyat marhein ?

Dipercayai budaya kronisma elit-Umnoisma ini akan terus menjadi tradisi menipu rakyat di dalam Model Ekonomi Baru ( MEB ) itu nanti yang bakal melahirkan Vincent Tan , Ananda Krishnan dan Mukhlis yang baru. Sementara rakyat marhein bumiputra dan bukan bumiputra yang akan terus terhimpit dengan kos kehidupan yang tinggi dengan bebanan hutang negara dengan membayar cukai yang tinggi .

Ringgit Malaysia sudah jatuh teruk berbanding bath Thailand dan dollar Singapura; yang mengatasi RM untuk sekian lamanya ; perlaburan merosot kerna rasuah dan salahgunakuasa berbanding dengan Indonesia yang bisa bawa PM dan TMP ke muka pengadilan atas tuduhan rasuah dan salahgunakuasa. Akibatnya pelabur cabut lari dan rakyat rugi .

Umno akan terus mengekpoitasikan agenda bantu bumiputra melalui MEB tetapi sebenarnya cerita lama berjenama baru . Kapitalis elit-Umnoputra dan kapitalis elit-MCA-MIC akan terus menipu Bumiputra dan Bukan Bumiputra menguasai dan mencengkan ekonomi negara menjadi kaya raya di atas kesusahan rakyat jelata tanpa kira kaum dan agama.

Awas! Sejarah UBN membuktikan di dalam era Mahathir , Badawi dan Najib tiada sama dan jauh sekali berbeza dengan iltizam rakyat yang pernah dibuktikan oleh allahyarham Tun Razak ( bersama allahyarham Dato’ Asri ) membangunkan kawasan luar bandar dan sebelumnya allahyarham Tunku yang menjual estet untuk biaya perjuangan politik beliau yang akhirnya meninggal dunia di luar Umno bersama PAS ,DAP dan Semangat 46 . Umno sekarang adalah platform untuk menjadi kaya- raya dan menipu rakyat . MEB adalah umpanan semata-mata setelah DEP kecundang kerna perbuatan Umno ; bukan kerna PAS , DAP atau Keadilan .

Gagasan ekonomi baru yang pernah dikemukakan PAKATAN RAKYAT yang berteraskan perlembagaan Malaysia yang menjamin hak bumiputra dan Bukan Bumiputra oleh DS Anuar Ibrahim ‘mengrakyatkan ekomoni dan kekayaan negara “; bukannya mengkroni-korunkan kuncu dan suku sakat elit-Umnoputra dan elit-UBNputra . Ternyata Najib tiada modal menciplak idea ekonomi baru PAKATAN RAKYAT dan ‘ One Malaysia “ : ‘One Israel “ sama saja SMS ( Satu Malaysia Sekular ); mengamalkan sistem ekonomi kapitalis sebagai teras ekonomi negara yang tiada memihak kepada rakyat marhein dan bercanggah dengan sistem ekonomi Islam untuk semua ; ‘ Justice For All “

Mengapakah sektor pertanian, perikanan dan pemakanan tiada dimajukan sehingga ‘Bernas” dibursashamkan untuk kepentingan kapitalis. Bahkan berbanding Thailand , Malaysia jauh ketinggalan di dalam sektor-sektor marhein tersebut; kerna tiada diminati dan kroni tiada bisa cepat kaya jika sektor tersebut dimajumakmurkan kerna yang untung adalah rakyat marhein melaui koperasi mereka bukan korun-Umnoputra.Yang mengagihkan saham-saham Bumiputra antara mereka sahaja. Institusi Bumiputra yang lain hanya bisa menganga sahaja dengan sandiwara MEB;yang bisa sahaja menunggu memboloti peluang baru nanti!

Apalagi tiada berlakunya transfomasi kerajaan;yang bimbang dan takut untuk meletakkan SPRM, PDRM( IGP) SPR, JPN, Ketua Hakim Negara, Akauntan Negara dan Peguam Negara di bawah jurisdiksi parlimen atau DYMM Yang Di Pertuan Agung. Justeru untuk menutup kepincangan pengurusan UBN dan menggunakan ISA dan OSA untuk menjamin keselamatan Umno ;demi memperlahankan kejatuhannya UBN di persada politik tanah pada PRU 13 nanti. Islam pasti menang insyaAllah !

Massa tiada akan lupa tipu helah manipulasi kepolitikan Umno dalam agenda penipuan baru mereka iaitu Satu Malaysia Sekular dan Model Ekonomi Baru untuk kroni-kroni baru ; di atas nama Melayu dan Bumiputra; MELAYU TIPU MELAYU! Sokonglah Parti Islam

Tiada ulasan: