Rabu, 17 Mac 2010

3,000 Orang Asli Kecam Pencabulan Pemerintah


TV SELANGOR


Lebih 3,000 Orang Asal berhimpun di Putrajaya hari ini membantah dasar pemerintah yang menindas hak tanah adat mereka.

44 buah bas dari segenap negara berhimpun di Masjid Putrajaya awal hari ini, bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

"Dasar pemberimilikan tanah Orang Asli yang diluluskan Majlis Tanah Negara pada 4 Disember 2009 tidak mencakupi suara dan kepentingan masyarakat kami," kata Pengerusi Task Force Hal Ehwal Orang Asli Selangor Tok Batin Simpan bin Suda.

Memorandum ini ditandatangani 12,000 orang Asal dari Semenanjung tanahair.

Antara titik bantahan mereka adalah peraturan kerajaan bahawa hanya enam hingga lapan ekar tanah diperuntukkan kepada setiap ketua rumah.

Masyarakat Orang Asal bagaimanapun berpendapat mereka berhak kepada setiap inci tanah yang diteroka oleh nenek moyang mereka.

"Dasar ini digubal dan dilulus tanpa berunding terlebih dahulu. Tanah adat kami dan kebudayaan orang Asli akan lupus sama-sekali," tegas beliau.

Tiada ulasan: