Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR : Kemelut kedudukan Speker DUN Perak seharusnya sudah lama diselesaikan dan bukannya masih dipertikaikan siapa sebenarnya Speaker DUN Perak yang sah.
Hal ini kerana bukan sahaja keputusan kedudukan V. Sivakumar sebagai seorang speaker DUN Perak masih belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan malah penyiasatan oleh pihak polis berkaitan speaker DUN perak yang menyamar juga masih belum dijawab.
"Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan perbalahan kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang masih berlarutan sudah hampir 6 bulan tanpa ada jawapan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab mengikut undang-undang serta perlembagaan dalam negara kita," kata Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Saleh kepada erapakatan.com.
Beliau berkata, walaupun dikhabarkan akan ada satu Sidang DUN Perak pada 30 Mac ini, persoalan-persoalan berkaitan kedudukan Speaker DUN Perak ini masih belum terjawab lagi.
" Kenapakah ada pihak-pihak yang tertentu melanggar peraturan-peraturan yang sedia ada dan cuba 'menegakkan benang yang basah' di dalam isu ini? Rakyat akan tentu kecewa dengan apa yang akan berlaku pada 30 Mac ini, malah ketakutan pelabur berkaitan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri akan terus di pertikaikan," kata Salman lagi.
DPPN Pk mendesak pihak yang berkaitan menjawab dengan segera persoalan-persoalan tersebut dan meminta pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera jika ianya melanggari Undang-Undang sedia ada. Rakyat di Negeri Perak khasnya dan masyarakat dunia amnya sudah tentu ingin melihat keadilan dapat di jelmakan kembali di Negeri Perak ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan