Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penyiasat persendirian P Balasubramaniam masih berjalan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Katanya SPRM bersedia untuk menemui Balasubramaniam bagi merekodkan pernyataannya di mana-mana lokasi yang difikirkan sesuai oleh penyiasat persendirian itu.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) sama ada SPRM sanggup pergi ke England untuk mengambil keterangan dan merakam sesi soal siasat Balasubramiam di hadapan peguamnya.
Pada satu sidang akhbar pada 3 Julai 2008, penyiasat persendirian itu mengedar satu akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tetapi keesokannya menarik balik akuan bersumpah itu dan mengemukakan satu akuan bersumpah lain.
Dia kemudian menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan