Rabu, 3 Mac 2010

Pemuda PAS Perak minta SPRM siasat Mohsin

Harakahdaily


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakan yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri sekiranya terdapat sebarang unsur rasuah yang mendorong tindakannya keluar parti.

Naib ketuanya, Salman Haji Saleh juga mendesak Mohsin meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen kerana telah mengkhianati mandat rakyat memilih Pakatan Rakyat sebagai wakil mereka dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

Beliau turut melahirkan rasa yang amat kecewa dengan tindakan Mohsin mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi dan menjadi wakil rakyat Bebas serta merta.

Tiada ulasan: