oleh Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR - Setelah setahun digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berazam akan terus meneruskan membangkitkan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang didakwa melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
Gobind berkata walaupun pengantungan beliau setahun lalu berkait dengan tindakannya menyuarakan isu Altantuya dalam Parlimen namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus bercakap mengenai tragedi yang menimpa wanita warga asing itu jika ada peluang.
"Saya akan terus memberikan tekanan kepada BN dengan membangkitkan beberapa isu di Puchong dan juga isu semasa nasional untuk dibahaskan.
"Saya tidak akan gentar atas apa yang terjadi sebelum ini kerana hak untuk bersuara sebagai ahli Parlimen tetap milik saya," katanya.
Gobind digantung menghadiri Dewan Rakyat 16 Mac tahun lalu tanpa dibayar elaun dan ganjaran selama setahun kerana ucapannya di Dewan Rakyat mengaitkan Najib (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dengan pembunuhan Altantuya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan