SINAR HARIAN ONLINE
PETALING JAYA- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menggesa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melakukan satu semakan bagi 31,500 pesara skim pencen kendalian pertubuhan itu.
Di bawah skim yang diperkenalkan Perkeso pada 1974, mereka yang disahkan daripada segi perubatan mengalami kecacatan kekal layak mendapat pencen antara RM250 hingga RM910 sebulan.
Timbalan Presiden MTUC A. Balasubramaniam berkata, MTUC mahu Perkeso supaya membayar pencen minimum RM750 sebulan sebagaimana pencen penjawat awam berikutan kenaikan kos sara hidup.
"Kami menerima beberapa aduan dan permohonan daripada pesara Perkeso supaya mengetengahkan masalah rayuan mereka," katanya.
Beliau memberitahu bahawa Perkeso sewajarnya bersikap penyayang seiring dengan dasar masyarakat penyayang kerajaan.
Sehingga kini, Perkeso mempunyai sejumlah 5.1 juta pencarum, katanya.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan