SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM – Sindiket menjual bayi tidak akan berlaku sekiranya tiada permintaan dan penawaran, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun.
“Sekiranya sindiket menjual bayi mahupun kanak-kanak masih berlaku, rakyat diminta bekerjasama memaklumkan kepada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) untuk tindakan segera.
“Manusia tidak boleh dijual beli dan fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah melindungi kanak-kanak yang teraniaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Mei Fun berkata, sekira pasangan suami isteri bermasalah mendapatkan cahaya mata, mereka disarankan mengunjungi klinik kesuburan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
“Terdapat 53 klinik disediakan oleh LPPKN di seluruh negeri untuk membantu masalah kesuburan pasangan suami isteri ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan