Selasa, 22 Disember 2009

Mahkamah perintah PDRM bayar RM30,000

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan supaya 31 peserta Persidangan Asia Pasifik Timur Timor (Apcet) pada tahun 1996 yang ditahan secara salah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberikan ganti rugi am RM30,000 seorang.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Adnan @ Addinan Muhamad (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian setelah mendapati mereka tidak diberikan masa yang mencukupi untuk bersurai.

Antara plaintif ialah Timbalan Presiden Keadilan, Dr. Syed Husin Ali, Naib Presiden parti, Dr. Sanusi Othman dan Ketua Penerangan, Chua Tian Chang.

Pada 9 November, 29 peserta Apcet itu yang kebanyakannya daripada pemimpin parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis sosial menyaman bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Ismail Che Ros dan empat yang lain berhubung penahanan mereka yang didakwa tidak sah dan salah.

32 plaintif antaranya menuntut ganti rugi am yang semuanya berjumlah RM35 juta, ganti rugi khas dan teruk.

Tiada ulasan: