Khamis, 10 Disember 2009

Kelantan tolak BTN

BERITA HARIAN ONLINE


KOTA BHARU: Selepas Selangor dan Pulau Pinang, kerajaan Kelantan turut menolak pegawai dan kakitangannya daripada menyertai program Biro Tata Negara (BTN).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak bersetuju menghantar pegawai dan kakitangannya menyertai program yang dianjurkan BTN selagi modul dan kurikulumnya tidak diubah mengikut acuan Islam.

Malah, beliau mahu kurikulumnya dirombak dan menonjolkan ke arah Islam.

“Kalau dalam keadaan (kurikulum sekarang) saya setuju tak kirim. Kalau Selangor tolak... Pulau Pinang tolak, tak ada sebab saya nak kirim. Kirim wat gapo (buat apa)?,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Darulnaim, semalam.

Nik Aziz juga menyokong penuh kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengumumkan kerajaan bersetuju untuk merombak kurikulum BTN.

Katanya, sebagai sebuah negara pelbagai bangsa, Malaysia sepatutnya sudah lama merombak modul dan silibus BTN itu yang sepatutnya dibuat mengikut asas Islam.

“Saya sudah lama mendengar sejak bertahun-tahun dulu BTN menghasut rakyat supaya membenci bangsa lain, tetapi ketika itu saya tidak ada ruang untuk menegur, cuma tegur secara umum,” katanya.

Tiada ulasan: