BERITA HARIAN ONLINE
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima sebarang ker-tas cadangan atau pelan berkaitan pembinaan bangunan pencakar langit 100 tingkat yang dikenal pasti bakal dibangunkan sama ada di Dataran Perdana Jalan Davis, berhampiran Stadium Merdeka atau Matrade, Jalan Duta.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail, berkata sehingga kini belum ada pemaju hartanah mengemukakan permohonan secara rasmi berhubung isu pembinaan bangunan yang bakal menyaingi ketinggian Menara Berkembar Petronas itu seperti dilaporkan di akhbar, kelmarin,
“Saya ada dengar berita itu, kalau betul (seperti dilaporkan), betullah. Bagaimanapun, sampai sekarang DBKL belum dapat apa-apa kertas cadangan. Kita tunggu sajalah jika ada mana-mana pihak nak hantar permohonan. Apa pun, seperti pembangunan lain ia perlu memenuhi syarat ditetapkan.
“Pada pemaju yang ingin menghantar kertas cadangan atau pelan berkenaan perkara ini, kita (DBKL) akan terima. Ma-na-mana pihak pun dialu-alukan. Selagi ia tidak menghalang lalu lintas, ia boleh dipertimbangkan,” katanya selepas pembentangan Bajet 2010 DBKL di sini, semalam.
Beliau berkata, perkara itu sememangnya heboh diperkatakan namun selagi tiada dokumen hitam putih mengenai permohonan bangunan pencakar langit itu dikemukakan mengikut saluran sepatutnya, pihaknya tidak dapat memberi sebarang kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan