SINAR HARIAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mensasarkan sebanyak 50,000 unit lagi bagi kenderaan pelbagai guna pertamanya, Alza di jalan raya seluruh negara pada tahun depan.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar berkata, setakat ini, 400 unit Alza sudah didaftarkan.
“Syarikat yakin sasaran jualan 4,000 unit sebulan tahun depan berdasarkan keupayaan dan tawaran produk itu,
“Pengenalannya akan membantu memacu pertumbuhan jualan tahun depan berbanding tahun ini iaitu 164,000 unit,” katanya pada majlis penyampaian hadiah Perodua Alza di Shah Alam, semalam.
Perodua menjangkakan peningkatan jualan 176,000 unit kereta pada 2010, disifatkan jualan paling tinggi bagi syarikat kereta nasional itu.
Syed Abdull Hafiz berkata, Perodua dijangka mencatatkan peningkatan sumbangan dalam industri automatif negara iaitu 33.3 peratus tahun depan, jumlah sama pada 2007.
“Model terlaris Perodua iaitu Myvi dijangka akan terus menjadi penyumbang terbesar kepada jualan iaitu 39 peratus dan model ViVA (33 peratus) serta Alza (28 peratus),” katanya.
Seramai empat pembeli bertuah Myvi memenangi Perodua Alza 1.5 liter selepas dipilih sebagai pemenang hadiah utama bagi peraduan ‘Myvi Moment’.
Mereka adalah Shamsiah Abd Kadir dari Johor, Ismadi Ngah@Ismail (Kuala Terengganu), LeeThiam Hock (Kuala Lumpur) dan Habibah Ismail (Negeri Sembilan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan