Selasa, 26 Mei 2009

Sultan Selangor selamat kembali

KOSMO!


SEPANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat pulang ke tanah air semalam selepas menjalani pembedahan jantung (Mitral Valve Repair) di Pusat Perubatan Stanford University di Palo Alto, California pada 2 Mei lalu.

Pesawat yang membawa baginda mendarat kira-kira pukul 3.40 petang dekat Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Sebaik turun daripada pesawat, baginda yang berjaket coklat dan berseluar hitam kelihatan ceria sambil bersalaman dengan kenamaan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Selangor yang menunggu ketibaan baginda.

Turut berangkat hadir menyambut ketibaan baginda ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan beberapa anggota Exco Selangor turut menyambut ketibaan baginda.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Sultan Sharafuddin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakyat yang telah mengadakan sembahyang hajat dan mendoakan keselamatan baginda.

Tiada ulasan: