SINAR HARIAN ONLINE
BANDAR BARU SENTUL – Majlis Taklimat dan Sambutan Hari Ibu Kampung Tanah Lapang anjuran Pusat Perkhidmatan Masyarakat Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu, dekat sini, semalam gempar apabila seorang warga emas jatuh pengsan sebelum meninggal dunia akibat serangan jantung.
Mendiang, Tanapackiam Shanmugam, 86, dibawa ke Hospital Tawakal dengan menaiki sebuah ambulan sejurus pengsan namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Wartawan Sinar Harian yang berada di tempat kejadian bagi membuat liputan pada majlis yang dihadiri Pengerusi Pusat Perkhidmatan Masyarakat Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu, Lim Si Pin itu turut menyaksikan detik-detik mencemaskan itu.
Anak sulung mendiang, Sarojah Francis, 64, berkata, ibunya hadir pada majlis itu pada kira-kira jam 10.30 bagi mendengar taklimat mengenai status Kampung Tanah Lapang dan mendiang sempat mendaftar di meja urusetia serta duduk di kerusi yang disediakan.
“Saya sempat bagi ibu air sebelum dia tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri dan beberapa penduduk kampung tolong mengangkat ibu masuk ke rumah jiran,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan