Selasa, 19 Mei 2009

Khir Toyo disyor digantung setahun dari hadiri DUN

MSTAR ONLINE


SHAH ALAM: Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Selangor mengesyorkan agar bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Khir Toyo digantung selama setahun kerana gagal hadiri siasatan berkaitan isu Balkis.

Syor itu dibuat oleh jawatankuasa berkenaan yang bermesyuarat hari ini dipengerusikan Speaker DUN Teng Chang Khim.

Khir gagal menghadirkan diri sebagai saksi di pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dan dituduh kerana membuat kenyataan yang menyentuh integriti Dewan.

Tiada ulasan: