Khamis, 31 Mei 2018

Malaysia, Singapura bekerjasama kesan wang 1MDB

Wartawan MalaysiaGazette
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas 1MDB yang berlangsung di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, pagi tadi. 
 

KUALA LUMPUR – Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Malaysia dan Singapura bekerjasama bagi membawa pulang sejumlah wang kepada Kerajaan Malaysia yang dipercayai telah diseleweng daripada firma itu.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Pasukan dari Malaysia itu terdiri daripada Tan Sr Abdul Gani Patail, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Datuk Abdul Hamid Bador.

Dalam kenyataan di sini, jawatankuasa Pasukan Petugas Khas 1MDB berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak juga bertujuan bagi mengumpul bahan bukti serta mengesan saksi-saksi di Singapura secepat mungkin.

Selain itu, pasukan ini juga akan melakukan ‘money trail’ bagi mengesan wang serta aset-aset yang masih wujud.

Mesyuarat hari ini telah dihadiri oleh sembilan pegawai kanan pasukan siasatan Singapura terdiri daripada wakil Pejabat Peguam Negara Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura, Autoriti Kewangan Singapura (MAS).

Manakala pihak Malaysia diwakili oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB terdiri daripada Pejabat Peguam Negara, SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM). – MalaysiaGazette


Siapa ulamak dilantik kaji kedudukan Jakim?

Manzaidi Mohd Amin
Pas pertahankan Jakim kerana agensi itu berjaya memainkan peranan meningkatkan syiar Islam.
Pas pertahankan Jakim kerana agensi itu berjaya memainkan peranan meningkatkan syiar Islam.
 

KUALA LUMPUR – Pas sedia untuk ke hadapan menjadi benteng pertahanan jika institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diserang atau hendak dilumpuhkan kuasanya oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Pegawai Pusat Penyelidikan Pas, Syed Ahmad Fadhli, parti itu tidak akan memandang ringan jika ada usaha mencabar mahupun mengganggu gugat kedudukan Islam, kerana ia berkait dengan sistem perundangan.

Beliau berkata, Pas mengambil pendirian tegas itu kerana dapat merasakan ura-ura berita berkenaan pemansuhan Jakim seperti ada asasnya.

“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sudah pun timbul suara lantang kelompok Islam liberal yang mendesak Jakim dimansuhkan, kononnya atas sebab kewujudannya tidak berperlembagaan.

“Semalam pula, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan kewujudan Jakim sedang dikaji semula, sama ada akan dikekalkan atau diteliti semula cara pelaksanaannya,” katanya yang dipetik menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Syed Ahmad turut mempersoalkan siapakah barisan ulamak yang dilantik oleh kerajaan PH untuk mengkaji kedudukan Jakim.

“Adakah kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sepertimana yang disebut dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia itu bermaksud Religion mengikut tafsiran sekularisme Barat atau ad-din yang sempurna sistem kehidupan mengikut acuan Islam?

“Adakah kerajaan PH menyamaratakan kedudukan agama Islam yang dianuti oleh majoriti rakyat negara ini dengan agama lain?

“Dan, adakah kerajaan PH mahu menjadikan Islam sekadar simbolik urusan rasmi seperti bacaan doa dan sambut perayaan sahaja?” soal beliau.

Beliau berkata, Jakim ditubuhkan secara berperlembagaan dan menepati Perkara 3, Perkara 12(2), Perkara 121(1A) dan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan.

Jakim katanya, adalah agensi yang menguruskan dana awam pembangunan agama Islam berdasarkan peruntukan Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan dan berada bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Kata Syed Ahmad, terdapat banyak peruntukan berkaitan agama Islam dan hak orang Melayu yang disebut secara jelas dan nyata dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Antaranya, Islam sebagai agama Persekutuan seperti hak kebebasan menganut, mengamalkan dan menyebarkan Islam, menggunakan dana awam bagi tujuan Islam, kedudukan terpelihara Mahkamah Syariah dan penetapan hal ehwal Islam terletak dalam bidang kuasa negeri.

“Kita berharap kerajaan PH tidak tersilap langkah dalam mencatur masa depan Jakim dan wajar diperingatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja juga berperanan penting dalam hal berkaitan agama kerana Agong adalah ketua agama Islam bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan dan negeri tidak beraja, manakala sultan adalah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing,” katanya. – MalaysiaGazette


Lebih RM7 juta diterima selepas sehari Tabung Harapan Malaysia dibuka

Lebih RM7 juta diterima untuk hari pertama selepas THM dilancarkan.


Sehingga 3 petang hari ini, sebanyak RM7,075,800.79 telah berjaya dikumpulkan oleh Tabung Harapan Malaysia (THM) yang dibentuk oleh kerajaan untuk membolehkan rakyat negara ini turut menyumbang kepada negara.

Demikian diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam sidang medianya hari ini.
Sumbangan kepada tabung ini dikecualikan cukai, “Jadi simpan resit anda,” kata Lim Guan Eng.

THM yang diumumkan penubuhannya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat Kabinet semalam telah mula menerima sumbangan sebaik sahaja ia dibuka.

Terdahulu dari itu, seorang aktivis muda yang juga graduan undang-undang, Shazarina Bakti telah melancarkan usaha pungutan derma melalui sumbangan orang ramai untuk membantu Malaysia membayar hutangnya.

Selepas seminggu ia dilancarkan, laman yang beliau buat telah berjaya memungut RM13,476.57, kata Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini yang turut mengucapkan terima kasih atas usaha anak muda itu.

Semalam, selepas Dr Mahathir mengumumkan pembentukan Tabung Harapan Malaysia,  Lim Guan Eng telah mengumumkan sumbangan mereka boleh diberikan menerusi akaun Maybank 566010626452.

Beliau berkata penubuhan tabung itu yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat Kabinet hari ini, adalah bagi membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan rakyat secara sistematik dan telus.

“Derma dan sumbangan yang boleh dihulurkan adalah dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja,” katanya dalam kenyataan itu.

Lim turut merakamkan penghargaan bagi pihak kerajaan di atas keprihatinan dan segala sumbangan ikhlas rakyat Malaysia dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa.

Menurutnya berdasarkan kepada perkembangan semasa ekonomi negara dan keprihatinan rakyat terhadap kedudukan hutang negara, wujud kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membantu kerajaan.

“Rakyat secara sukarela ingin berkongsi pendapatan mereka dengan menyalurkan derma dan sumbangan ikhlas mereka kepada kerajaan bagi menangani isu tersebut,” katanya.

Terdahulu, perdana menteri berkata terdapat ramai rakyat Malaysia sanggup memberi derma kepada kerajaan selepas mengetahui kedudukan kewangan negara dan kerajaan mengalu-alukan sikap patriotik mereka.

Kementerian Pertahanan jawab peguam sebab Mat Sabu menaiki pesawat TUDM


 
Kementerian Pertahanan jawab peguam sebab Mat Sabu menaiki pesawat TUDM



Kehadiran Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Airbus, A400M bagi menghadiri program di Butterworth bertujuan memberi pendedahan mengenai keupayaan, prestasi, kredibiliti dan kemampuan pesawat pengangkut pelbagai guna itu dalam menjalankan pelbagai operasi ketenteraan.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan menjelaskan, tindakan itu juga bagi mengekalkan tahap kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jelas kenyataan itu, pada hari penerbangan, pesawat pengangkut TUDM A400M yang membawa delegasi Menteri Pertahanan dan pegawai-pegawai kanan ATM ke Butterworth juga digunakan untuk memberi manfaat dan melengkapkan jam penerbangan (flying hours) juruterbang yang membawa pesawat berkenaan.

“Ini kerana setiap juruterbang perlu melengkapkan jumlah jam penerbangan bagi mengekalkan tahap kompetensi mereka.

“Sehubungan itu, pergerakan berkenaan juga dapat menjimatkan kos pengangkutan berbanding menggunakan pesawat komersial dari aspek masa dan kos penerbangan bagi kedua-dua tujuan yang dinyatakan,” jelas kementerian itu hari ini.

Isnin lalu, peguam, Datuk Abu Backer Sidek membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Mohamad telah menyalahgunakan aset kerajaan untuk lawatan ke Butterworth,pada 27 Mei lalu.

Abu Backer dipetik berkata, presiden Amanah itu diterbangkan ke Pulau Pinang untuk menghadiri majlis berbuka puasa di pangkalan Tentera Utara Diraja Malaysia (TUDM) di sana, sebelum ke Tasek Gelugor, kampung halamannya yang terletak berdekatan untuk satu majlis lain.

UMK didakwa ambil pensyarah ciplak tesis PhD?



UMK didakwa ambil pensyarah ciplak tesis PhD?


Sekumpulan ahli akademik kesal kerana bekas pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang didakwa pernah menciplak karya drama therapi Eropah telah diterima berkerja di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Menurut sumber yang dihantar kepada Malaysia Dateline menerusi email itu, memberitahu, pensyarah itu kini dilantik sebagai seorang Profesor Madya dan juga dilantik sebagai Timbalan Dekan di UMK.

Dakwaan itu menyebut hasil karya pengamal drama therapi itu disalin bulat-bulat untuk menyiapkan thesis PhD beliau.

Pengirim email yang dikenali sebagai Nusra Fadeli dari Kota Kinabalu  berkata, dalam dunia akademik, aktiviti menyalin hasil penulisan penulis lain dipanggil plagiarisma.

Katanya pada tahun 2015, mereka telah menghantar beberapa email dan surat kepada pejabat Naib Chanselor UMK untuk memaklumkan penipuan akademik tersebut tetapi dakwanya, tidak mendapat sebarang maklumbalas hingga kini.

“Kami juga telah memaklumkan secara email kepada Majlis Profesor Negara mengenai plagiarisma tersebut tetapi hanya mendapat jawapan ‘Terima kasih atas maklumat yang encik berikan’.

“Kami juga telah menghubungi beberapa orang pensyarah UMK untuk memaklumkan perkara ciplakan tersebut namun tiada seorang pun yang berani untuk mengetengahkannya,” ujarnya sumber tersebut.

Menurut sumber lagi, UMS bertindak tegas kepada sesiapa sahaja yang menciplak thesis, tetapi perkara ini tidak berlaku di UMK, ujarnya lagi, yang memilih untuk menutupnya sedaya upaya sekalipun tahu ia adalah satu kes penipuan yang amat merugikan mahasiswa dan negara.

“Thesis PhD beliau yang diserahkan kepada Hull University (UK) terdiri dari 85 mukasurat yang ditulis secara ciplakan dari buku-buku serta website berkaitan drama therapi yang terkenal di Eropah.

Ini bermakna tiada sebarang ‘originality’ atau idea asli dalam thesis beliau. Tidak ada sebarang nilai akademik dalam thesis bila ia mengandungi ciplakan.

“Kami telah menelefon The British Library beberapa kali sejak 2015 untuk memaklumkan hasil karya ciplakan tersebut. Berpandukan bukti ciplakan yang kami berikan, akhirnya The British Library telah mengeluarkan thesis itu dari senarai koleksi thesis. Untuk makluman, The British Library mengumpulkan kesemua thesis-thesis PhD dan meletakkanya di atas talian untuk dicapai oleh semua ahli akademik di seluruh dunia.

“Setelah berbincang secara panggilan telefon dengan beberapa ahli akademik di Hull University, kami berjaya menyakinkan mereka bahawa semua bahagian utama thesis tersebut adalah ciplakan dari beberapa buah buku dan website. Akhirnya thesis tersebut dikeluarkan dari website Hull University.

“Amat malang bagi sebuah universiti baru di Pantai Timur untuk memiliki profesor madya ‘ciplakan’. Kami di Universiti Malaysia Sabah berasa amat hairan mengapa tiada pihak mengambil tindakan sekalipun beberapa kali kami maklumkan mengenai ciplakan tersebut.

“Kami difahamkan Naib Chanselor UMK menafikan sekeras-kerasnya terdapat ahli akademik UMK melakukan ciplakan untuk menyiapkan PhD,” ujarnya.

182,409 lulusan SPM 2017 ditawarkan ke IPTA


 
 
 182,409 lulusan SPM 2017 ditawarkan ke IPTA

Sejumlah 182,409 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 ditawarkan ke program prauniversiti, sijil dan diploma di universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran asas di seluruh negara bagi sesi akademik 2018-2019 pengambilan Jun.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata jumlah itu termasuk 17,338 daripada keluarga berpendapatan rendah B40, 299 individu kelainan upaya (OKU), 348 Orang Asli dan 1,225 atlet sukan.

“Jumlah ini merupakan peningkatan 22 peratus daripada tahun lepas, yang mana kerajaan hanya menawarkan sekitar 149,000 tempat sahaja,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran rasmi kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kepada lepasan SPM 2017 seperti dipetik Bernama hari ini.

Maszlee berkata beliau mengambil maklum wujud rintihan dalam kalangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak mendapat tempat di IPTA walaupun kerajaan telah cuba memastikan semua pelajar yang layak dapat melanjutkan pelajaran.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan berpegang dengan sikap bahawa kami akan cuba membantu semua pelajar yang layak dari segi akademik dan mempunyai keperluan untuk dibantu dari segi tahap sosioekonomi mereka,” katanya.

Maszlee berkata jika ada pihak yang tidak beruas hati, mereka disarankan untuk merayu kepada Jabatan Pendidikan Tinggi dan beliau memberi jaminan semua rayuan akan diberi perhatian adil dan saksama.

“Kita tidak akan sesekali mendiskriminasi sesiapa, tetapi kita perlukan ibu bapa membuat rayuan supaya kita tahu mengenai kes-kes yang wujud dan akan cuba bantu,” katanya.

Pemuda Pas pertikai RTM siar Piala Dunia 2018






Ketika rakyat diminta menyumbang ke Tabung Harapan Rakyat bagi menyelesaikan hutang negara, Kerajaan berbelanja pada perkara bukan keperluan, kata Nurul Islam.

Pemuda Pas mempersoalkan tindakan kerajaan yang mahu menayangkan perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung di RTM dengan anggapan ia membazir.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff bertanya, adakah berbaloi kerajaan membelanjakan RM 40 Juta dengan anggaran pendapatan RM 12 Juta?

“Ketika rakyat diminta menyumbang ke Tabung Harapan Rakyat bagi menyelesaikan hutang negara, Kerajaan berbelanja pada perkara bukan keperluan.

“Saya merasakan ia sangat tidak wajar dan mencadangkan agar Menteri menpertimbangkan semula keputusan beliau,” kata calon Pas Setiawangsa itu melalui facebooknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Gobind Singh Deo mengumumkan kerajaan akan menayangkan perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung di RTM. Kos yang akan dibelanjakan adalah RM 40 juta bagi 41 perlawanan yang mana 27 secara siaran langsung dan 14 melalui siaran tertunda.

Bagi Nurul, dalam keadaan negara terpaksa berjimat cermat kerana bebanan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu, ramai mempersoalkan tindakan Kementerian membelanjakan RM40 Juta.

Namun ada yang berhujah ianya akan dibiayai melalui pengiklanan. Angka pengiklanan yang dianggarkan adalah RM250 Juta, katanya.

Katanya, setelah disemak laporan kewangan RTM 2013-2016 (2017 tidak dipaparkan) melalui laporan tahunan kementerian di laman sesawang rasmi kementerian, beliau dapati jumlah pendapatan RTM melalui pengiklanan adalah seperti berikut :

2013 = RM 2.48 Juta
2014 = RM 51.9 Juta (Piala Dunia Brazil)
2015 = RM 38.6 Juta
2016 = RM 43.1 Juta

Katanya, jika diteliti, pada 2014 iaitu tahun pertandingan Piala Dunia di Brazil, RTM menyiarkan siaran langsung dan hasil yang diperolehi oleh RTM melalui pengiklanan adalah RM 52 Juta.

Manakala tahun tahun lain, pendapatan yang diperolehi sekitar RM 40 Juta. Ia adalah pendapatan pengiklanan sepanjang tahun.

Jadi, katanya, lebihan pendapatan pengiklanan pada tahun piala dunia hanyalah RM 12 Juta sahaja.

Sultan Selangor bimbang gejala dadah libatkan golongan belia

THE MALAYSIAN INSIGHT

Sultan Selangor bimbang gejala dadah libatkan golongan belia
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Selangor Zamani Ahmad Mansor berkata ini kerana, baginda selaku pengerusi Lembaga Pengampunan Negeri Selangor mendapati bilangan kes jenayah pengedaran dadah melibatkan golongan tersebut yang dibawa kepada lembaga itu amat tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap masalah gejala dadah terutama dalam kalangan golongan belia yang menyalahgunakan dan membawa masuk bahan itu dengan pelbagai modus operandi penyeludupan yang baharu sehingga sukar dibendung.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Selangor Zamani Ahmad Mansor berkata ini kerana, baginda selaku pengerusi Lembaga Pengampunan Negeri Selangor mendapati bilangan kes jenayah pengedaran dadah melibatkan golongan tersebut yang dibawa kepada lembaga itu amat tinggi.

Menurut Zamani Ahmad, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam laporannya menyebut hasil daripada ujian air kencing yang dijalankan, didapati seramai 1,829 daripada 370,285 pelajar dari 178 sekolah disahkan positif dadah.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berasa gusar dan berdukacita dengan perkembangan kes-kes sedemikian kerana ia akan mendatangkan implikasi yang negatif kepada golongan muda dalam negeri Selangor.

“Gejala pengedaran dadah telah menjadi semakin serius dan kritikal serta telah mengundang kesengsaraan kepada deretan mangsa najis dadah beserta keluarga mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam hari ini.

Kenyataan rasmi itu dikeluarkan susulan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Selangor kali ke-78 tahun ini.

Zamani Ahmad berkata permasalahan dadah ini perlu dibanteras secara tegas dan tanpa kompromi kerana kesan negatifnya yang bukan sahaja mengancam kesihatan serta keselamatan awam, malah berpotensi meningkatkan berlakunya kejadian jenayah lain yang akhirnya akan menghancurkan ketenteraman awam dan perpaduan masyarakat yang sedang dinikmati dalam Selangor.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengeluarkan peringatan yang keras supaya sekalian rakyat hendaklah lebih berwaspada dan menghindarkan diri daripada aktiviti penyeludupan, pengedaran,
penyalahgunaan dan seumpamanya yang melibatkan najis dadah kerana kesannya amat buruk bukan sahaja kepada individu belia terbabit tetapi juga kepada keluarga serta masyarakat sekelilingnya.

“Adalah menjadi hasrat dan harapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar rakyat dalam negeri ini dapat hidup aman dan tenteram serta bebas daripada pembabitan dan ancaman gejala dadah,” katanya. – Bernama,

10% gaji ketua menteri, exco Pulau Pinang untuk Tabung Harapan

10% gaji ketua menteri, exco Pulau Pinang untuk Tabung Harapan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pemotongan itu diputuskan dan diluluskan sebulat suara semalam pada mesyuarat exco, jumlah potongan adalah RM13,526.80 setiap bulan. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 
 
 
SEBAGAI tanda sokongan kepada tindakan kerajaan persekutuan memotong gaji perdana menteri dan menteri Kabinet, kerajaan Pulau Pinang hari ini juga mengumumkan pemotongan 10% gaji pemimpin kanan negeri itu.

Gaji ketua menteri akan dipotong sebanyak RM1,417.51 dan gaji 10 exco negeri pula dipotong sebanyak 1,210.92 setiap seorang bermula bulan depan, wang itu akan disalurkan kepada Tabung Harapan- inisiatif Kementerian Kewangan untuk mengutip derma orang awam yang berhasrat membantu Malaysia melunaskan hutang negara.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pemotongan itu diputuskan dan diluluskan sebulat suara semalam pada mesyuarat exco, jumlah potongan adalah RM13,526.80 setiap bulan.

“Keputusan ini selaras dengan tindakan pemotongan gaji semua menteri kerajaan persekutuan sebanyak 10%. Potongan itu akan berkuatkuasa sehingga arahan selanjutnya diberikan.

“Kami berharap langkah ini akan membantu kerajaan persekutuan menangani hutang negara yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu Barisan Nasional,” katanya pada sidang media hari ini.

Dilaporkan hutang negara kini mencecah RM1 trilion.

Semalam, Kedah dan Johor- dua lagi negeri ditadbir Pakatan Harapan- juga mengumumkan yang gaji menteri besar dan exco dipotong 10%.

Kos mungkir perjanjian halang Malaysia batalkan ECRL



Kos mungkir perjanjian halang Malaysia batalkan ECRL
Sukar bagi Malaysia untuk bertegas menghentikan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM66 bilion yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
MALAYSIA mungkin tidak dapat mengambil langkah tegas terhadap projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM66 bilion sama seperti tindakan membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Menurut sumber kerajaan, pembatalan projek landasan dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor di Kelantan lebih rumit kerana perjanjian bagi fasa 1 projek bernilai lebih kurang RM46 bilion sudah ditandatangani dan pinjaman dari Bank Exim di China sudah dikeluarkan.

Membatalkan perjanjian itu akan mengakibatkan perjanjian dimungkiri dan akan memaksa pinjaman itu serta faedahnya dibayar dalam masa tiga bulan daripada pembatalan, kata sumber yang maklum dengan perjanjian yang termeterai antara kerajaan Najib dan China Communications Construction Company Ltd.

Malah kalau pentadbiran Dr Mahathir mencabar kesahihan perjanjian tersebut, proses litigasi akan memakan masa bertahun-tahun serta menjejaskan hubungan dua hala – sesuatu yang mahu dielak oleh Putrajaya dan Beijing.

Selain fasa 1 projek ECRL, perjanjian yang sudah ditandatangani termasuk:
  1. Sambungan landasan ke Pelabuhan Klang bernilai lebih kurang RM9 bilion.
  2. Sambungan landasan ke Pengkalan Kubor bernilai RM1.3 bilion.
  3. Naik taraf sistem landasan kepada landasan berkembar bernilai RM10.5 bilion.
Sejak memegang jawatan, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa keutamaan pentadbirannya ialah menangani RM1 trilion hutang negara. Strategi utama mengurangkan hutang itu ialah dengan membatalkan projek berkos tinggi.

Dr Mahathir dan Daim Zainuddin yang menerajui Majlis Penasihat Kerajaan sudah menegaskan hasrat kerajaan untuk menghentikan projek ECRL, atau sekurang-kurangnya merundingkan semula terma perjanjian.

Bagi pihaknya, Beijing juga sudah menyuarakan pandangannya mahu meneruskan hubungan dua hala yang baik dengan Malaysia.

Duta China, Bai Tian mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dan Majlis Penasihat Kerajaan.

Malaysia memahami bahawa ECRL adalah salah sebuah projek utama China di bawah projek besar One Belt One Road dan ia mengesan kesediaan Beijing untuk mencapai tolak ansur berkenaan kos landasan kereta api itu.

Difahamkan sebagai permulaan, sejumlah stesen di laluan ECRL akan dikurangkan. Kebanyakan stesen itu tersenarai kerana pertimbangan politik.

Satu lagi pilihan penjimatan kos ialah menyusun semula sebahagian laluan berkenaan.

Sekiranya langkah penjimatan yang dikemukakan oleh China dilaksanakan, ia boleh mengurangkan kos ECRL antara RM5 hingga RM10 bilion.


Umno menuju pembaharuan hakiki

Umno menuju pembaharuan hakiki
Umno, parti orang Melayu paling lama berkuasa kini perlu muhasabah diri untuk bangkit semula. Legasi dan sejarahnya tidak harus hancur kerana hanya satu pilihan raya. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
LEBIH tiga minggu setelah tumbangnya Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN), pelbagai analisis dan hujah dilontarkan terhadap faktor keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Hakikatnya, tiada satu faktor tunggal yang boleh diletakkan sebagai punca kekalahan BN, kerana setiap analisis tersebut ada kebenarannya, sama ada besar atau kecil.

Yang pasti, BN dan Umno yang menjadi tunjang utamanya gagal memaparkan pembaharuan yang cukup bermakna untuk tatapan rakyat semenjak tsunami politik tahun 2008. Ungkapan “muhasabah diri” yang disebut-sebut dalam kalangan pemimpin-pemimpin Umno ini telah saya dengar semenjak mahasisiwa lagi.

Akhirnya, ayat lazim yang sama, retorik politik yang sama, semuanya tidak membuahkan hasil – malah trend PRU13 dan PRU14 baru-baru ini, menunjukkan bahawa rakyat semakin lama semakin bosan dengan Umno/BN.

Semenjak 2008, tahap sokongan bukannya meningkat tetapi menurun sehinggalah tewas mutlak dengan hanya 30% undi rakyat, termasuklah cuma 45% undi Melayu.

Muhasabah

Mari kita berhenti sejenak dan renungkan angka ini – 45% undi Melayu. Kurang separuh daripada orang Melayu menyokong Umno. Buat pertama kali dalam sejarah, majoriti orang Melayu menolak Umno! Kerana itulah saya amat tidak bersetuju dengan sebarang analisis mengatakan Umno tidak mempunyai masalah besar, dan kelemahan hanya pada MCA, MIC atau parti komponen BN yang lain.

Pemimpin dan ahli Umno perlu menolak sebarang gerak hati mahu mendabik dada kononnya “Umno masih kuat”, “Umno boleh bertanding kerusi Melayu dan pasti menang”, “Umno masih parti terbesar di Parlimen”, “orang lama masih sokong Umno – masalah hanya pada orang muda” dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya.

Seandainya setelah tewas pun, kita masih mencanang ayat penyedap hati berlandaskan ilusi kekuatan yang hakikatnya semakin pudar, saya sebagai orang muda dalam parti ini tidak mampu membayangkan apa lagi yang perlu berlaku sebelum pemimpin Umno sedar bahawa ada masalah besar dalam kaedah perjuangan dan jenama politik parti ini.

Benar, Umno masih mempunyai kekuatan asas. Dan walau apapun sentimen terhadap Umno sekarang, tidak boleh dinafikan bahawa parti ini telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara, termasuklah oleh pentadbiran kerajaan yang baru tumbang ini.

Segala jasa ini jugalah yang menyebabkan Umno masih mempunyai penyokong tegar di luar bandar dan sebahagian rakyat lain juga yang tetap sayang kepada Umno, walaupun tidak mengundi BN tempoh hari.

Tetapi data dan trend menunjukkan sokongan Umno hari ini hanya dalam kalangan kelompok minoriti, yakni kekuatan asas yang semakin lama semakin rapuh, tatkala Umno telah ditolak secara besar-besaran di kawasan dan demografi lain.

Maka, jika tidak mahu Umno tinggal hanya sebagai parti nostalgia dalam minda rakyat, pembaharuan drastik dan besar-besaran perlu dikaji dan dilaksana. Tidak cukup perubahan evolusi sedikit demi sedikit tatkala tsunami total sudah pun melanda dan kita terbukti di belakang kelok perubahan diterajui suara keramat rakyat.

Pembaharuan

Intipati pembaharuan drastik ini akan mengambil sedikit masa untuk diperincikan. Tetapi salah satu aspek yang saya yakin perlu dikaji adalah pendekatan dan retorik politik Umno untuk mampu menarik minat segenap lapisan masyarakat, bukan hanya penyokong tegar parti yang hanya 20% atau 30% itu.

Pertama, parti dahagakan identiti politik moden yang mampu diterjemah kepada pegangan dasar untuk menjadi pembangkang berkualiti, lantas dilihat pilihan kerajaan alternatif dalam pilihan raya umum akan datang.

Selama ini, apabila Umno berkuasa, ahlinya menyokong dasar kerajaan yang ditentukan tanpa sebarang tema kepada sokongan tersebut. Asal perdana menteri gagaskan, Umno sokong, kerana Umno itu kerajaan.

Hari ini tanpa kuasa, pemimpin dan warga Umno perlu ada pegangan dan ilmu untuk menjawab persoalan kontemporari. Contohnya: Apa dasar percukaian Umno? Apa dasar luar Umno? Apa dasar pendidikan Umno?
Walau apa yang berlaku, tidak dapat dinafikan Umno masih punya tarikan kuat. Sekarang adalah peluang dan ruangnya untuk berubah selari dengan tuntutan zaman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Mei, 2018.
Walau apa yang berlaku, tidak dapat dinafikan Umno masih punya 
tarikan kuat. Sekarang adalah peluang dan ruangnya untuk berubah
selari dengan tuntutan zaman. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
Rakyat tidak mahu parti membangkang semata-mata melawan, tetapi biar bangkangan itu bertemakan sebuah ideologi konsisten. Ideologi Umno untuk abad ke 21 perlu diperinci – kerana dikhuatiri konsep “abata” (agama, bangsa dan tanahair) kekal sebagai teori jika tidak dimodenkan untuk tuntutan semasa.

Kedua, pendekatan politik Umno juga sudah tidak boleh terlalu jumud. Pemimpin Umno di setiap peringkat perlu sedia ke hadapan berbahas dengan fakta dan kebijaksanaan di hadapan khalayak ramai. Tidak semestinya semua pendampingan itu perlu berdebat di hadapan ratusan atau ribuan penonton. Namun, pemimpin parti di setiap peringkat perlu bersedia berhujah meyakinkan masyarakat di luar kepompong Umno – malah kalau dahulu 80% program dan takwim tahunan Umno adalah untuk ahli, hari ini sepatutnya 80% dijenamakan untuk menyentuh bukan ahli.

Ketiga, parti perlu merangka strategi untuk menarik sokongan bukan Melayu di samping meningkatkan sokongan Melayu. Format dan struktur BN itu sendiri perlu dirombak kerana mungkin tidak lagi relevan untuk zaman sekarang. Orang Umno boleh salahkan MCA, MIC sampai ke sudah, tetapi akhirnya untuk menjadi kerajaan alternatif kepada rakyat, BN secara keseluruhan perlu dapatkan sokongan segenap rakyat Malaysia dan bukan “base” kita sahaja.

Tiga perkara ini sahaja tidak cukup memenangkan Umno. Tapi biar kita bermula dengan langkah kanan yang penuh keberanian dan keyakinan pembaharuan hakiki, disulami keinsafan kesilapan dahulu. Mengambil iktibar kekalahan ini, ia juga peluang untuk Umno menyumbang kepada Malaysia Baharu dengan semangat politik yang sihat.

* Shahril Hamdan, 32 tahun, ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjaya profesional di sektor swasta. Twitter: @shahrilhamdan Instagram: @shahrilh

Umno tamat peruntukan bulanan kepada bahagian parti, sayap

Umno tamat peruntukan bulanan kepada bahagian parti, sayap
Umno menamatkan agihan peruntukan bulanan kepada semua bahagian dan sayap parti bahagian bermula Mei ini susulan kegagalannya mengekalkan pentadbiran kerajaan persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
UMNO menamatkan agihan peruntukan bulanan kepada semua bahagian dan sayap parti bahagian bermula Mei ini susulan kegagalannya mengekalkan pentadbiran kerajaan persekutuan.

Sumber mengesahkan kepada The Malaysian Insight bahawa setiausaha agung parti, Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan perkara itu dalam satu surat bertarikh 22 Mei.

"Sayugia dimaklumkan, ibu pejabat setelah meneliti kedudukan kewangan parti dan ingin memaklumkan yang mana penyaluran peruntukan bulanan kepada pihak bahagian dan pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa ditamatkan bermula Mei 2018.

"Walau bagaimanapun, adalah diharapkan bahawa pihak Bahagian dan Sayap Pergerakan Bahagian dapat meneruskan pengoperasian Bahagian sepertimana kebiasaan sebelum ini," kata Tengku Adnan dalam surat yang dilihat The Malaysian Insight.

Kandungan surat itu disahkan seorang ketua bahagian Umno Wilayah Persekutuan.

"Kita hormati keputusan, tidak apa. Kita faham Umno perlu jimatkan duit. Jadi kenalah bersedia jadi pembangkang," kata ketua bahagian itu yang enggan dinamakan.

Bagaimanapun, surat tersebut masih belum diterima pimpinan Perak.

"Saya masih belum terima apa-apa. Mungkin akan diberitahu ahad ini sebab ada perjumpaan," kata seorang ketua bahagian di Utara Perak yang turut enggan dinamakan.

The Malaysian Insight sedang berusaha menghubungi Tengku Adnan bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Pemangku presiden parti itu, Zahid Hamidi pada minggu lalu turut menggesa polis memulangkan wang RM114 juta yang dirampas di kediaman dikaitkan dengan bekas presidennya Najib Razak.

Zahid mendakwa wang yang ditemui di kondominium mewah Pavillion Residences tersebut merupakan dana parti.

Selain wang, polis turut merampas sejumlah 284 kotak mengandungi beg tangan mewah, serta perhiasan dan jam tangan mewah dari premis berkenaan.

Polis juga merampas sejumlah 150 beg tangan mewah dari sebuah lagi unit di kondominium tersebut, yang dihuni anak perempuan Najib.

Najib dan anaknya Nooryana Najwa sudah memberi keterangan kepada polis berhubung rampasan barangan tersebut.

Ulasan CAP mengenai merokok

SM MOHAMED IDRIS

 
 
SEMPENA dengan deklarasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa tema untuk Hari Tanpa Tembakau Sedunia (WNTD) pada 31 Mei ialah “Tembakau dan Penyakit Jantung”, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sekali lagi menggesa orang ramai supaya berhenti merokok. Bagi yang tidak merokok, jangan biarkan diri anda dipengaruhi dengan tabiat yang menagihkan itu. Ia tidak berguna sama sekali.
 
Merokok adalah penyebab utama pelbagai keadaan perubatan seperti kanser, penyakit kardiovaskular dan diabetes di seluruh dunia. Ini merupakan sebahagian kecil daripada perkara yang lebih besar memandangkan penyakit berkaitan merokok merupakan penyebab kepada kira-kira 20,000 kematian di Malaysia setiap tahun.
 
Bayangkanlah ia bersamaan kepada 444 bas persiaran yang dipenuhi dengan 45 penumpang mengalami kemalangan tanpa seorang pun selamat dalam setahun. Ia juga sama dengan sebuah bas terlibat dalam kemalangan sehari selama empat hari dan dua bas mengalami kemalangan pada setiap hari kelima; perkara ini berulang bagi setahun penuh. Itulah bilangan rakyat Malaysia yang mati akibat merokok setiap tahun.
 
Jika terdapat laporan berita kemalangan bas, media berita akan dipenuhi dengan surat dan ulasan daripada orang ramai tetapi kematian 20,000 rakyat Malaysia setiap tahun hanya menjadi satu perangkaan sahaja. Kita gagal untuk menghapuskan kematian yang boleh dicegah.
 
Dalam gaya “Malaysia Boleh”, penyakit jantung koronari (CHD) direkodkan sebagai pembunuh utama sejak 2007 di hospital awam. Perangkaan ini amat membimbangkan kerana penyakit kardiovaskular (terutama sekali CHD dan Strok) merupakan 24.7 peratus kematian di hospital awam dan swasta pada 2013. Lebih daripada suku (38 peratus) pesakit mengalami Sindrom Koronari Akut (ACS) adalah perokok.
 
Merokok melangkaui membelanjakan wang hasil titik peluh untuk tabiat tidak produktif yang amat menagihkan; ia melibatkan penyedutan lebih daripada 4,000 bahan kimia ke dalam paru-paru yang kemudiannya diserap ke dalam tubuh, menyebabkan sebilangan besar masalah kesihatan berkaitan yang serius. Pendedahan kepada asap rokok yang berupa pencemaran udara yang biasa, boleh juga menyebabkan penyakit berkaitan merokok termasuk CHD kepada bukan perokok.
 
Didapati perokok juga hampir dua kali cenderung untuk mengalami serangan jantung berbanding bukan perokok. Salah satu sebab ialah karbon monoksida dalam asap tembakau mengurangkan oksigen darah dan ini bermakna jantung perlu mengepam dengan lebih kuat untuk membekalkan tubuh dengan oksigen yang diperlukan.
 
Tambahan pula, merokok merosakkan lapisan arteri, mengakibatkan pengumpulan bahan berlemak (atheroma) dengan itu menyempitkan arteri yang boleh menyebabkan angina, serangan jantung atau strok.
 
Nikotina, bahan kimia yang ditemui secara semula jadi dalam tembakau, menagihkan seperti heroin atau kokaina dan ia menyumbang kepada merangsang tubuh untuk menghasilkan adrenalin, menyebabkan kadar jantung berdenyut dengan lebih laju. Tekanan darah meningkat apabila jantung berdenyut dengan laju, dengan itu mencetuskan jantung untuk bekerja dengan lebih kuat.
 
Berhenti merokok merupakan hanya satu cara untuk mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, strok, dan pelbagai jenis kanser. Perokok hampir dua kali lebih cenderung mengalami serangan jantung berbanding mereka yang tidak pernah merokok.
 
Kami berharap Kementerian Kewangan dan Kesihatan yang baharu akan meneliti untuk memperkenalkan kadar cukai tembakau yang lebih tinggi, memperkenalkan kotak rokok kosong, dan menarik balik konsesi bebas cukai untuk semua produk tembakau.
 
SM MOHAMED IDRIS,
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)


Irwan Serigar bukan lagi Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan tidak lagi menyandang lawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya.

Dalam satu kenyataan di sini, TH berkata, Irwan menyandang jawatan berkenaan sejak 2011 di atas kapasiti sebagai wakil Perbendaharaan.

“Kekosongan Ahli Lembaga Pengarah TH akan diisi oleh wakil Perbendaharaan yang baharu sebagai mana yang termaktub di bawah Akta Tabung Haji 1995,” kata TH.

Ahli Majlis Penasihat Pertanian diumum pada Isnin - Salahuddin Ayub

Zaim Ibrahim, Astro Awani
Ahli Majlis Penasihat Pertanian diumum pada Isnin - Salahuddin Ayub
Menurut Salahuddin, Skim Pelaksanaan Harga akan dilaksanakan bagi mengawal 22 jenis barangan sempena musim perayaan 2018. - Gambar fail


PUTRAJAYA: Majlis Penasihat Pertanian mendapat persetujuan daripada barisan kabinet untuk ditubuhkan, namun nama-nama ahli majlis dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) itu akan diumumkan pada Isnin.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata beberapa nama akan dikemukan olehnya dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Ismail Bakar.

"Mereka terdiri dari 10 ahli yang terdiri dalam kalangan pakar bidang pertanian dan nama mereka akan diumumkan Isnin depan,” kata Salahuddin ketika ditemui di sini hari ini.


Majlis itu berfungsi untuk menjana idea dan meningkatkan produktiviti industri pertanian dalam negara.

Memetik laporan Bernama, majlis itu juga mampu menambah baik fungsi dan perkhidmatan kementerian itu.

Bercakap mengenai isu kenaikan harga barang dan mengesahkan satu mesyuarat bakal diadakan antara Ketua Setiausaha MOA dengan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Skim Pelaksanaan Harga musim perayaan 2018 akan dilaksanakan selepas mesyuarat antara kedua-dua kementerian dan terdapat 22 barang yang akan dikawal,” kata Salahuddin.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan 22 jenis barangan tersebut kerana masih sulit tetapi akan memaklumkan selepas tamat mesyuarat kelak.

Dalam pada itu, Salahuddin mengesahkan kementeriannya akan meneruskan pemberian Elaun Sara Hidup kepada lebih 10,000 nelayan seluruh negara.

Elaun yang diberikan adalah berjumlah antara RM250 hingga RM300 mengikut kategori zon nelayan.

Najib kecewa projek HSR dibatalkan

Sinar Harian/ ASTRO AWANI
Najib kecewa projek HSR dibatalkan
 

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan jangan emosi dalam membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Menerusi hantaran di Facebooknya, bekas perdana menteri itu turut memperincikan mengapa HSR wajar diteruskan.

"Projek ini bukan diilhamkan berdasar kepada keputusan dibuat satu negara sahaja. Ia dibuat secara kajian terperinci termasuk manfaat dari segi kos bagi membuktikan wujud manfaat sosial dan ekonomi bagi kedua-dua negara,” katanya.

Menurutnya, Malaysia banyak manfaat termasuk melalui jualan tiket kerana majoriti landasan adalah di Malaysia.

"Ia adalah sebahagian daripada agenda transformasi untuk Malaysia baharu yang akan mewujudkan industri baharu, kaedah baharu untuk kerjasama antara dua negara, meningkatkan pekerjaan berpendapatan tinggi serta taraf hidup lebih baik," katanya.

Najib menambah, HSR juga akan mewujudkan pusat pertumbuhan baharu seperti Batu Pahat, Muar, Ayer Keroh, Melaka dan Seremban.

BACA: Perbelanjaan tinggi untuk HSR tidak efisien - PM

BACA: Pembatalan projek HSR muktamad, kemungkinan penalti RM500 juta

"Saya kecewa dengan keputusan terburu-buru untuk membatalkan projek ini dan menggesa kerajaan untuk bersikap lebih telus dan mengadakan rundingan sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia akan memberi kesan kepada masa depan ekonomi, peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan untuk rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata, kerajaan baharu mendakwa kos projek ini adalah RM110 bilion sedangkan jawatankuasa bersama Malaysia–Singapura, sehingga awal tahun ini mengunjurkan kos bagi projek ini adalah kira-kira RM72 bilion sahaja.

“Ia termasuk pengambilan tanah dibayar kepada rakyat Malaysia, berasaskan kepada penilaian antarabangsa yang dilakukan dan dikemukakan sebelum ini," katanya.

Najib juga mahukan penyelasan bagaimana kerajaan memperoleh angka RM110 bilion.

Adakah angka ini dinaikkan atas dasar politik sebagaimana dilakukan terhadap angka RM1 trilion bagi hutang negara?’

"Saya terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Malaysia tidak mendapat pulangan sesen pun daripada projek HSR.

"Saya mahu bertanya kepada Dr Mahathir apakah projek Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Central Spine Road yang tiada tol, projek LRT, MRT dan monorel mendapat pulangan dari hasil tiket sahaja?," katanya.

Beliau menjelaskan, projek-projek infrastruktur ini mendatangkan pulangan kepada negara dari segi kepesatan ekonomi.

Fathia Latiff saran block video lucah

Sinar Harian / ASTRO AWANI
Fathia Latiff saran block video lucah
Selain menerima kecaman tapi masih ada juga segelintir netizen yang menyetujui niat murni artis ini. - Gambar fail
 
 
NIAT pelakon Fathia Latiff untuk menghadkan video lucah yang tular di media sosial akhirnya dikecam semula oleh netizen.

Menurut pelakon itu, hal ini demi menjaga akhlak anak-anak muda supaya tidak tercemar dan rosak dengan video tersebut apabila ia dengan percuma tersebar di media sosial.

"Saya mengharapkan pihak atasan boleh block video-video lucah yang disebarkan secara meluas sekarang ni.

"Takut rosakkan akhlak remaja bawah umur yang menggunakan media sosial tanpa bimbingan daripada penjaga i.e. ibu bapa," tulisnya sambil tag Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Fathia yang menerima tamparan hebat menerusi akaun Twitter miliknya bagaimanapun tidak cepat melatah dan reda dengan apa yang telah terjadi.

Twitter

"Saya reda dengan apa yang terjadi pada saya. Saya percaya Tuhan ingin saya menjadi hamba yang lebih baik.

"Bukan sahaja lebih baik di sisi Tuhan tapi di mata masyarakat juga," tulis Fathia lagi.

Selain menerima kecaman tapi masih ada juga segelintir netizen yang menyetujui niat murni artis ini.

Perniagaan kurang menggalakkan, Afdlin Shauki terpaksa tutup Comedy Planet

Astro Gempak
Perniagaan kurang menggalakkan, Afdlin Shauki terpaksa tutup Comedy Planet
Menerusi entri di Instagram, Afdlin mengumumkan berita itu dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sentiasa menyokong perniagaan dijalankan selama ini.
 
 
PELAKON Datuk Afdlin Shauki mengakui terpaksa menutup restoran miliknya, Comedy Planet kerana tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Menerusi entri di Instagram (IG), Afdlin mengumumkan berita itu dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sentiasa menyokong perniagaan dijalankan selama ini.

"Dengan penuh dukacitanya saya terpaksa memberitahu bulan May ini adalah bulan terakhir Comedy Planet Kuala Lumpur akan beroperasi di Great Eastern Mall.

"Oleh kerana sambutan yang kurang menggalakkan, kami terpaksa menghentikan operasi di sini.

Perancangan kami adalah untuk mencari lokasi yg lebih sesuai untuk meneruskan restoran yang juga pentas bagi bakat-bakat komedi dan anak-anak seni di masa akan datang kalau ada rezeki.

"Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang telah mengunjung dan juga telah memberi sokongan padu kepada kami! Tapi apakan daya, kami sudah tidak mampu meneruskan operasi di Great Eastern Mall.

"Terima kasih kepada semua pelawak, pekerja dan partner saya yang juga telah buat sehabis baik. In Shaa Allah kita akan bangkit kembali jika diizinkan-Nya," tulisnya.
 
Rata-rata peminat meluahkan perasaan sedih dengan berita itu dan mereka mendoakan semoga Afdlin akan sentiasa dimurahkan rezeki serta mendapat lokasi yang sesuai untuk memulakan semula perniagaannya itu.

Sebelum ini Afdlin membuka cawangan pertamanya di Kilang Bateri, Johor Bahru dan memilih Great Eastern Mall, Ampang sebagai  cawangan keduanya dalam perniagaan restoran berkonsepkan komedi.

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram


Ubat, makanan hospital dan cadangan lain kepada menteri kesihatan

 
 
Sektor kesihatan memerlukan inisiatif crowd-funding yang berterusan dengan galakan penderma diberikan perlepasan cukai.
 
 



Mereka yang mendapatkan rawatan di kelas 3 di hospital awam rata-rata terdiri daripada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Di zaman Barisan Nasional, pemotongan bajet di sektor kesihatan mempunyai kesan yang mendalam terhadap mereka dan juga mewujudkan cabaran kepada para pegawai perubatan di hospital awam.

Berdasarkan pengalaman penulis di wad rawatan kanser Hospital Kuala Lumpur tahun lepas, antara perkara utama yang perlu dipulihkan segera ialah “portion” makanan yang dibekalkan kepada para pesakit kelas 3.

Menurut seorang doktor yang berkhidmat di wad ini, portion makanan telah dipotong kerana langkah penjimatan. Nasi berkurang, dan lauk seperti ayam pun lebih kecil.

Kebanyakan pesakit terpaksa duduk di hospital sepanjang rawatan radioterapi dan kemoterapi kerana tidak mempunyai duit yang cukup untuk dijadikan tambang ambulan untuk dibawa ulang-alik ke rumah. Sepinggan nasi yang dibekal hospital awam dikongsi berdua, untuk sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.

Oleh itu, langkah segera menteri kesihatan untuk mengarahkan agar portion makanan ini dipulihkan ke portion asal akan banyak membantu para pesakit di kelas 3.

Insentif juga boleh diberikan kepada para pesakit yang membuat deklarasi awal untuk membawa bekal sendiri ke hospital dengan memberikan diskaun ke atas jumlah bayaran yang dikenakan ke atas kemasukan wad. Ini boleh mengelakkan pembaziran berlaku apabila makanan yang dihidangkan tidak dimakan oleh pesakit.

Satu tabung khas juga perlu diwujudkan di setiap hospital untuk meringankan beban pesakit yang terpaksa bergantung kepada ambulan untuk berulang-alik ke hospital. Para penderma yang menderma kepada tabung ini boleh diberikan pelepasan cukai atau penaiktarafan rawatan ke kelas 2 dan kelas 3 mengikut bilangan kali derma dan jumlah yang dilakukan.

Pihak hospital awam juga tidak boleh membuat kesimpulan membuta-tuli bahawa semua pesakit yang dirujuk daripada hospital swasta mampu membayar untuk rawatan kelas pertama di hospital awam.

Tanggapan bahawa mereka yang dirujuk daripada hospital swasta mampu membayar hospital swasta, oleh itu mereka mampu bayar hospital awam kelas pertama, adalah salah. Kebanyakan golongan ini terpaksa dipindahkan daripada hospital swasta kerana insuran yang diberikan syarikat telah habis kuota, dan gaji mereka hanyalah di takuk biasa.

Percayalah sekiranya mereka mampu membayar, mereka akan membayar daripada duduk di wad kelas 3.

Satu skim ganjaran harus diwujudkan kepada ahli keluarga pesakit yang memulangkan ubat-ubatan yang tidak habis digunakan apabila pesakit sudah sembuh atau meninggal dunia, atau pihak kerajaan boleh membelinya kembali pada harga yang jauh lebih rendah daripada pasaran.

Mereka yang sudi menderma segala peralatan bantuan pesakit juga harus diberikan pelepasan cukai yang sewajarnya kerana ini sangat membantu dalam mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Sektor kesihatan memerlukan inisiatif crowd-funding yang berterusan dengan galakan penderma diberikan perlepasan cukai.

Bayangkan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperuntukan RM5,000 sebagai potongan cukai bagi mereka yang menderma kepada sektor kesihatan, pada kadar cukai individu 28%, kerajaan akan kehilangan RM1,400 hasil cukai tetapi mendapat RM3,600 sumbangan ke atas sektor kesihatan yang memberikan kerajaan untung bersih RM2,200, untuk digunakan di sektor kesihatan.

Dengan ini, sektor kesihatan akan mendapatkan peruntukan lebih daripada kerajaan seperti yang dihajat menteri kesihatan tanpa membebankan kewangan negara yang sudah pasti terjejas dengan cukai perkhidmatan (SST) diganti dengan GST.

Berapa kos cabar keputusan ICJ dalam kes Pulau Batu Putih, soal peguam



Ragunathan Kesavan berkata Putrajaya perlu mendedahkan maklumat terpinci kos dan asas keputusan mencabar dapatan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.


Malaysia sebelum ini memfailkan semakan semula keputusan ICJ mengiktiraf Singapura sebagai pemilik Pedra Branca, atau Pulau Batu Putih. (Gambar youtube)


PETALING JAYA: Putrajaya mesti mendedahkan kos ditanggung Jabatan Peguam Negara dalam memfailkan semakan terhadap dapatan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan Pulau Batu Putih, kata bekas presiden Majlis Peguam.

Ragunath Kesavan berkata, rakyat berhak tahu tentang kos terlibat dalam kerja-kerja persiapan kes, pelantikan peguam dan penempatan pegawai undang-undang Jabatan Peguam Negara di London.

Beliau berkata, Malaysia tidak seharusnya memfailkan semakan terhadap dapatan tersebut kerana ia tidak berbaloi.

“Apakah asas undang-undang permohonan semakan itu,” tanya beliau, dan menambah perkara itu tidak pernah dimaklumkan kepada orang ramai.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata Batuan Tengah yang merupakan milik Malaysia dan terletak berdekatan dengan Pulau Batu Putih akan dibangunkan.

“Kita mahu membesarkan Batuan Tengah itu supaya kita boleh membentuk sebuah pulau kecil,” kata Dr Mahathir.

Dalam pada itu, Singapura dalam kenyataan semalam berkata, pada 28 Mei lepas Malaysia memaklumkan kepada ICJ untuk tidak meneruskan prosiding yang dimulakannya sebelum itu.

Kenyataan itu menyebut, Singapura memaklumkan kepada ICJ keesokan harinya ia bersetuju dengan permohonan Malaysia.

Tahun lepas, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali berkata Malaysia melantik semula John Dugard sebagai hakim ad-hocnya di ICJ.

Singapura melantik, bekas presiden ICJ, Gilbert Guillaume, sebagai hakim ad-hoc bagi pihak negara itu.

Dalam pertikaian wilayah antara 2 negara berjiran itu pada 2007, Dugard mewakili Malaysia dalam panel 16 hakim ICJ yang mendengar kes, sementara Singapura diwakili Pemmaraju Sreenivasa Rao dari India.

Di bawah statut mahkamah, negara yang tidak mempunyai hakim warga negaranya sendiri dalam panel tersebut boleh melantik orang lain sebagai hakim ad-hoc mewakilinya.

Pada 12 Februari tahun lepas, Malaysia memfailkan permohonan semakan ke atas penghakiman ICJ bertarikh 23 Mei 2008 berhubung Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Legeh Selatan.

Dalam permohonannya, Malaysia menyebut 3 dokumen yang baru-baru ini diubah status oleh United Kingdom bagi menyokong permohonan itu.

Apandi berkata, beliau akan mengetuai sepasukan 7 orang, termasuk 3 pakar asing.

Dalam keputusan majoriti 12-4, ICJ, di The Hague, memutuskan kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih, seluas saiz separuh padang bola sepak, merupakan milik Singapura.

Ia juga dalam keputusan majoriti 15-1 berkata, kedaulatan ke atas Batuan Tengah dimiliki oleh Malaysia, sementara kedaulatan ke atas Legeh Selatan akan ditentukan oleh kedua-dua negara dalam perundingan mereka berhubungan sempadan perairan masing-masing.

Pereka fesyen Muslimah terkenal dipenjara 18 tahun

 
 
Anniesa Hasibuan dan suaminya Andika Surachman menipu beribu-ribu jemaah umrah bernilai sekurang-kurangnya RM242 juta.


Anniesa Hasibuan menempa nama di peringkat antarabangsa apabila muncul dengan rekaan muslimah di New York Fashion Week 2016. (Gambar AFP)


JAKARTA: Seorang pereka fesyen Indonesia yang terkenal di seluruh dunia dengan koleksi pakaian bertemakan Islam dijatuhi hukuman penjara 18 tahun semalam kerana terlibat dalam penipuan dan pengubahan wang haram bernilai jutaan dolar.

Mahkamah di Jakarta menjatuhkan hukuman ke atas Anniesa Hasibuan, 31, dan suaminya kerana menipu jemaah yang menempah pakej umrah ke Mekah menerusi agensi pelancongan mereka.

Pasangan itu dituduh menipu beribu-ribu pelanggan bernilai sekurang-kurangnya 848 bilion rupiah (RM242 juta) yang merosakkan reputasinya sebagai salah seorang rakyat di negara majoriti Islam terbesar di dunia itu.

Pada 2016, koleksi Anniesa diperagakan di New York Fashion Week di mana semua modelnya memakai tudung dan rekaannya diilhamkan untuk orang Islam, yang pertama bagi acara berprestij itu.

Anniesa dan suaminya, Andika Surachman menubuhkan First Travel di Jakarta pada 2009 untuk mengendalikan pakej umrah ke Arab Saudi. Tetapi syarikat itu tidak menghantar mana-mana jemaah ke Mekah sejak awal tahun lepas meskipun menerima bayaran daripada pelanggan, mahkamah diberitahu.

Mahkamah mendenda Anniesa sebanyak 10 bilion rupiah dan menjatuhi hukuman 20 tahun penjara ke atas suaminya. Andika juga dikenakan denda yang sama.

Pendakwa raya menuntut hukuman penjara 20 tahun bagi kedua-duanya.

“(Defendan) terbukti secara sah dan penuh keyakinan bersalah melakukan perbuatan jenayah secara bersama,” kata hakim Sobandi.

Karya Anniesa juga diperagakan di London, Istanbul dan Cannes, tetapi New York Fashion Week menyerlahnya sebagai bintang yang semakin bersinar dalam dunia fesyen.

Dia juga terkenal dengan gaya hidup mewah, selalu membuat kiriman gambarnya dan suami bercuti ke luar negara dan memakai pakaian yang mahal.

Pilihan raya AJK masjid dicadang elak campur tangan kerajaan

 
Presiden TI-Malaysia Akhbar Satar berkata Jawi dan majlis agama negeri tidak perlu mencampuri urusan pelantikan AJK masjid.


Presiden TI-Malaysia Akhbar

 PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid dicadang mengadakan sistem pemilihan atau pilihan raya bagi AJK baharu yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir masjid masing-masing di Wilayah Persekutuan dan negeri.

Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar berkata, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan majlis agama negeri tidak perlu mencampuri urusan melantik AJK Masjid, sebaliknya ia hendaklah dijalankan oleh ahli kariah terbabit.

“Hanya dengan proses pemilihan yang telus boleh mengangkat martabat masjid ke satu tahap pengurusan lebih tinggi, efektif dan maju demi kelangsungan penduduk, ahli kariah dan umat Islam secara khususnya.

“Semua pentadbiran masjid di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri wajar mengadakan pemilihan dari kalangan ahli kariah itu sendiri, bukannya secara lantikan terus seperti sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Akhbar berkata bagi memastikan proses demokrasi tulen dan telus dalam pemilihan AJK masjid diterjemahkan menerusi penyertaan dan pemilihan terbuka melibatkan seluruh ahli kariah dan penduduk setempat.

“Hanya dengan pemilihan ahli yang berwibawa dan efektif dapat membendung institusi masjid tidak lagi dijadikan alat politik dan menjadi mangsa kepentingan individu atau kumpulan tertentu sahaja.

“Begitu juga dengan kandungan dan teks khutbah Jumaat serta aktiviti ceramah di masjid, hendakkan terhindar daripada unsur isu politik kerana ini boleh melebarkan lagi jurang perpecahan ummah,” katanya.

Sebelum ini, Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati semua pentadbir dan ahli masjid tidak bermain politik bagi menjaga kesucian dan kemuliaan tempat ibadah.

“Perjalanan masjid harus diatur dengan baik dan bagi masjid baharu, pilih ahli pentadbir tepat… jangan pilih sekadar hendak menggunakan masjid sebagai platform atau batu loncatan untuk karier masing-masing,” katanya.

Penceramah bebas didakwa beri khidmat kewangan kepada pengganas

 
Tertuduh membenarkan kemasukan wang RM200 dan RM100 ke akaunnya dan mempercayai perkhidmatan yang diberikan itu memanfaatkan pengganas.


Penceramah bebas itu sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengendalikan harta milik pengganas.


KUALA LUMPUR: Seorang penceramah bebas yang sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan mengendalikan harta milik pengganas berdepan 2 lagi pertuduhan tambahan di mahkamah sama iaitu memberikan perkhidmatan kewangan bagi manfaat pengganas.

Ahmad Junaidi Omar, 30, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa secara tidak langsung memberikan perkhidmatan kewangan dengan cara membenarkan kemasukan wang RM200 dan RM100 ke akaun Maybank miliknya dan dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai perkhidmatan yang diberikan itu akan memanfaatkan pengganas bernama Muhammad Fudhail Omar, 26.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Maybank cawangan Baling, 63-D, Jalan Badlishah, Baling, Kedah pada 12.20 tengah hari, 8 Jun 2015 dan 4.35 petang, 2 Julai 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130O(1)(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 130O(1)(bb) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Julai untuk sebutan semula kes manakala perbicaraan ditetapkan pada 6 sehingga 8 Ogos. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam manakala tertuduh diwakili peguam Shahredzan Johan.

Pada 26 Januari lepas, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan pengetahuan membenarkan kemasukan wang berjumlah RM6,360 milik Muhammad Fudhail ke dalam akaun bank miliknya.

Waran tangkap menanti Jamal

MALAYSIAKINI



Polis Selangor akan memohon waran tangkap terhadap Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas menghilangkan diri baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata polis sedang menyiasat sembilan kes membabitkan Jamal, termasuk tiga yang didakwa di sebuah hospital Jumaat lalu.

"Pihak polis telah memberikan masa yang cukup untuk Datuk Seri Jamal memberikan kerjasama dalam semua siasatan dan prosedur yang sedang dijalankan namun beliau masih gagal untuk memberikan respons yang sepatutnya. Malah sentiasa cuba berdolak dalik dalam kenyataan-kenyataan viral yang dilakukan beliau.

"Oleh itu waran tangkap ke atas beberapa kes yang melibatkan Datuk Seri Jamal akan dipohon dan tindakan mengesan akan diperhebatkan," jelasnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Jamal gagal hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kerana bimbang akan ditangkap.

Namun, dia kemudiannya mengeluarkan video dari sebuah ladang kelapa sawit dengan mendakwa kerajaan cuba menjadikan dirinya sebagai mangsa.

Ketua gerakan Baju Merah itu juga mendakwa dia dilayan seperti seorang penjenayah dan pengganas.


Baca: Rayuan Jamal dari ladang sawit: Jangan zalimi saya, Tan Sri


Jamal juga mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis telah menyerbu rumahnya, rumah ibunya, pejabatnya, serta lokasi lain yang dikaitkan dengannya, di bawah tekanan daripada kerajaan Pakatan Harapan.

Jamal menghilangkan diri dari Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 25 Mei lalu selepas dituduh di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan ekoran mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada 5 Oktober tahun lalu.

Pada keesokan harinya, dia mengeluarkan rakaman audio yang mendakwa berlaku salah faham.Jamal juga disiasat mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960 atas dakwaan mempamerkan senjata api di khalayak ramai.

LIHAT VIDEO DI SINI 

Dr M: RM100 bilion untuk cipta 100k kerja tak cekap

Yap Jia Hee

 
   

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan bahawa projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) akan menjadi pemangkin ekonomi bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

"Anda mahu membelanjakan RM60 bilion hingga RM100 bilion supaya 100,000 orang boleh bekerja, itu tidak cekap," kata Mahathir ketika ditemui pemberita di Putrajaya malam ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai HSR.
Najib berkata HSR akan mewujudkan 110,000 pekerjaan pada permulaan projek itu dan akan berkembang kepada 442,000 peluang pekerjaan menjelang 2069.


Baca: Najib: HSR boleh jana RM650 bilion, lebih 400k kerja


Beliau berkata pada tahun itu, HSR juga boleh menjana pendapatan negara kasar sebanyak RM650 bilion.

Mahathir membatalkan HSR sebagai sebahagian usaha penjimatan kos kerajaan.

Bagaimanapun perdana menteri berkata kerajaan perlu membayar RM500 juta kepada Singapura sebagai pampasan untuk membatalkan projek itu.

Sementara itu, mengulas mengenai perkara berasingan, Mahathir berkata kerajaan akan merundingkan semula konsesi tol.

"Kami akan runding semula," katanya ringkas.

Beliau menjawab soalan mengenai konsesi tol lebuh raya Plus, yang sepatutnya berakhir esok, 31 Mei.

Bagaimanapun, kerajaan terdahulu pada 2011 melanjutkan konsesi tol sehingga 2038, berikutan penswastaannya ​​pada tahun yang sama.

LIHAT VIDEO DI SINI


Penipuan forex: Suami pelakon drama ditahan

Bernama

   

Suami kepada pelakon drama ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom membabitkan kerugian RM13.9 juta.

Sumber polis berkata lelaki itu ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara di Menara 238, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur kira-kira 12 tengah hari tadi.

“Tempoh tahanan reman terhadap lelaki itu akan dibuat esok,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Lelaki yang bergelar Datuk itu merupakan suami kepada pelakon wanita berusia 23 tahun dan mereka dilaporkan baharu mendirikan rumahtangga pada 18 Mac lalu.

Sementara itu, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara ​​​​​​Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik ketika dihubungi Bernama mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.

Pada 14 Mei lepas, polis menahan pemilik syarikat produksi bergelar Datuk berusia 35 tahun bagi membantu siasatan berkaitan kes yang sama. -Bernama


'Arul Kanda berlagak seperti peguam ketika disoal kementerian'

MALAYSIAKINI

   
Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berlagak seperti peguam ketika disoal berhubung pelaburan syarikat milik negara itu, kata Anggota Parlimen Bangi, Ong Kian Ming.

Ong, yang juga pegawai khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng, berkata Arul Kanda bergantung kepada "skrip undang-undang" semasa sesi pada 23 Mei ketika memberi taklimat kepada kementerian itu.

"Saya katakan Arul Kanda sangat berlagak seperti peguam, segala yang dia diperkatakan seolah-olah dia seorang peguam.

"Dia menggunakan terma undang-undang, bergantung kepada skrip dan tidak memberikan gambaran penuh," kata Ong dalam temu bual dengan stesen radio BFM.

Misalnya, Ong berkata, Arul bersikap demikian ketika kementeriannya bertanya mengenai pelaburan unit dana RM9.8 bilion oleh 1MDB.

"Kami tanya mengenainya, tengok, adakah kamu cuba mendapatkan semula unit-unit ini dan jawapan yang mereka berikan ialah ia sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) dan semua fail kami dengan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Mereka cuba mencuci tangan daripada cuba mendapatkan semula wang ini. Ini wang yang banyak, RM9 bilion boleh digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

"Tetapi ternyata sama ada Arul Kanda atau (bekas) ketua pegawai kewangan (CFO) tidak berminat untuk mendapatkan wang ini yang dihutang dengan rakyat Malaysia," kata Ong.

Ong berkata selain Arul Kanda, turut hadir bekas CFO 1MDB, Azmi Tahir dan bekas setiausaha syarikat Ivan Chen.

Selepas taklimat berkenaan, Lim menyifatkan Arul Kanda sebagai "tidak jujur ​​dan tidak boleh dipercayai".

Arul Kanda kemudian menegur Lim dan mengatakan kementerian itu tidak berlaku adil apabila mengeluarkan kenyataan umum yang didakwanya memberi gambaran “tidak tepat”.

SUK Kelantan: Saya tak kata larangan ke atas Husam datang dari istana

MALAYSIAKINI

   
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhamad menafikan beliau berkata arahan untuk menghalang Naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Husam Musa dan pengerusi AMANAH negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah daripada memasuki istana dan premis kerajaan negeri datang dari pihak Istana.

Nazran berkata beliau hanya memaklumkan kepada media tempatan bahawa beliau telah menerima arahan itu daripada 'pihak atasan', lapor NST.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawabnya untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh `pihak berkuasa atasan' dan juga dari kerajaan negeri.

"Tidak pernah keluar dari mulut saya bahawa arahan itu berasal dari Istana dan saya juga beritahu wartawan bahawa saya tidak tahu sebab kedua-dua mereka dihalang.

"Akhbar yang membuat kesimpulan mereka sendiri," katanya ketika ditemui NST di pejabatnya hari ini.

Sementara itu, akhbar itu memetik Husam sebagai berkata beliau menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

"Saya tidak akan mengulas lanjut mengenai isu ini. Ramadan adalah bulan suci bagi umat Islam, oleh itu, lebih baik bagi saya untuk tidak memberikan sebarang komen, "katanya.

Terdahulu, dilaporkan hari ini bahawa arahan untuk menghalang Husam yang juga bekas ADUN Salor dan Wan Abdul Rahim memasuki bangunan istana dan bangunan kerajaan negeri dibuat selepas pekeliling dikeluarkan oleh Nazran.

Nazran dilaporkan berkata pekeliling itu telah diedarkan kepada lebih 2,000 penjawat awam di negeri itu.

Rais: Jelaskan RM40 juta untuk siaran Piala Dunia di RTM


Pemimpin veteran Umno Tan Sri Rais Yatim menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menjelaskan peruntukan RM40 juta yang akan dibelanjakan bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung di RTM.

Menerusi Twitter, bekas menteri penerangan itu turut meminta penjelasan daripada mana sumber dana itu diperoleh ketika kerajaan bercadang mengambil langkah berjimat cermat.

"Ura-ura nak guna RM40 juta untuk pesta tayangan bola sepak di RTM mesti dirasionalkan oleh menteri.

"Adakah jumlah itu dari pengiklan atau huluran kerajaan? Kalau huluran dari kerajaan dasar berjimat cermat tak masuk akal. Pakat dengan Astro kongsi siaran. Selamatkan duit negara," katanya.

Terdahulu hari ini, Gobind mengumumkan bahawa RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018, di mana 27 perlawanan akan disiarkan secara langsung sementara 14 perlawanan lain akan ditayangkan melalui siaran tertunda.

Menurutnya, kabinet memperuntukkan sehingga RM40 juta untuk membeli hak penyiaran perlawanan berprestij itu.

Gobind berkata butiran mengenai bagaimana peruntukan dibelanjakan akan dijelaskan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara esok.

Susulan itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menyindir idea siaran secara langsung itu dan menyifatkannya sebagai "luar biasa".

Tan berkata barangkali itulah sebabnya kerajaan perlu mewujudkan tabung bagi rakyat Malaysia memberikan sumbangan untuk meringankan hutang negara.

"Saya ingin bertanya adakah tabung itu berkaitan dengan siaran Piala Dunia di RTM? Saya ingat kerajaan ingin jimatkan wang?" sindirnya.


Untung bersih suku pertama Petronas meningkat kepada RM13 bilion

MALAYSIAKINI

   

Petronas mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2018 dengan menokok 26 peratus kepada RM13 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas, disokong oleh peningkatan perolehan dan masuk kira bersih daripada susut nilai.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat petroliam nasional itu berkata keuntungan tahun ke tahun yang lebih tinggi itu turut didorong oleh tumpuan berterusan kumpulan terhadap inisiatif penambahbaikan perniagaan secara keseluruhannya serta kecemerlangan operasi dan peningkatan harga komoditi.

Perolehannya turut menokok RM1.4 bilion kepada RM57.9 bilion bagi suku tersebut, kebanyakannya disebabkan purata harga yang direalisasikan lebih tinggi meliputi kesemua produk dan diimbangi oleh kesan pengukuhan tukaran asing ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)

Aliran masuk tunai operasi pula meningkat 22 peratus kepada RM21.9 bilion berbanding RM18.0 bilion bagi tempoh sama manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak 2.0 peratus kepada RM25.0 bilion berbanding RM24.6 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.

Nisbah hutang setakat 31 Mac, 2018, adalah 16.2 peratus iaitu meningkat sedikit berbanding 16.1 peratus setakat 31 Dis, 2017.

Sementara itu, pulangan ke atas modal purata yang digunakan meningkat kepada 10.4 peratus daripada 9.8 peratus sebelum ini dan seiring dengan keuntungan lebih tinggi yang dicatatkan.

Pelaburan modal kumpulan dalam suku di bawah kajian itu adalah RM12.0 bilion, sebahagian besarnya membabitkan Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Johor.

Mengulas perkembangan itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin menyifatkan prestasi menggalakkan bagi suku pertama tersebut adalah hasil daripada usaha transformasi yang sedang dilaksanakan kumpulan.

"Walaupun harga minyak menyaksikan aliran yang meningkat, industri ini sebaliknya perlu terus berhati-hati dalam menginstitusikan disiplin kecekapan kos dan menerusakan usaha kecekapan yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas.

“Ini akan memastikan industri minyak dan gas Malaysia terus mampan dalam landskap global semasa yang kompetitif,” katanya.

Menurut Petronas, prestasi keseluruhan bagi tahun ini dijangka memuaskan berikutan faktor ketidaktentuan harga minyak dan kadar tukaran asing.- Bernama


TIADA KERAJAAN YANG SEMPURNA – ABDUL HADI


Wartawan Watan-Online




Konsep taawun atau tolong-menolong akan diperhebat dalam agenda politik Pas pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ia termasuk menjalin kerjasama dengan blok pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain dalam menambah baik penyampaian kerajaan.

“Kita akan buka kerjasama dengan parti-parti lain yang tidak menyertai kerajaan atau yang berada di blok pembangkang termasuk NGO.

“Sudah tentu akan berlaku kelemahan-kelemahan (dalam kerajaan) pada masa hadapan kerana kita (PAS) sedar bahawa mana-mana kerajaan tidak ada yang sempurna.

“Mesti ada kekurangan. Aspek kekurangan ini yang boleh menjadi ruang kepada kita untuk menarik pengundi bukan Islam bersama dengan kita,” katanya dalam temubual eksklusif 100 Hari Malaysia Baharu bersama Nazri Kahar di Astro AWANI pada Isnin.

Selain itu, beliau menyambut baik tindakan DAP yang tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan semberono yang boleh menjejaskan keharmonian umat Islam.

“Saya respon dengan cara yang positif apabila pemimpin DAP tidak lagi ‘cirit-birit’ (semberono) membuat kenyataan seperti dahulu cirit-birit membuat kenyataan.

“Dahulu dia (segelintir pemimpin DAP) membuat kenyataan tentang Islam yang tiada hak bagi dia untuk menyentuh hal-hal orang Islam tetapi sekarang tiada lagi begitu.

“Saya harap ini diteruskan. Hak orang Islam, biar orang Islam yang bercakap. Mereka boleh bela hak bagi kaum mereka sendiri dan Islam tak ganggu hak mereka,” ujarnya.

Ditanya jika veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya, ini jawab beliau: “Ya, kita terima semua. sebab itu saya memperkenalkan konsep taawun, kerjasama ke arah yang baik, tidak bekerjasama bagi perkara yang tidak baik.”

Pada 3 Jun 2015, Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-54 yang berlangsung di Gombak, Selangor.