Selasa, 10 April 2018

Akar Umbi Tolak Khairuddin Othman Kekal Di DUN Paya Jaras





Mengambil maklum perhimpunan Perlancaran Jentera PKR yg bertempat di Paya Jaras malam tadi, saya mewakili 327227 ahli akar umbi Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta bagi Kawasan Parlimen Sungai Buloh dengan ini menyatakan keberangan kami dengan tindakan Timbalan Presiden PKR yang juga merangkap MB Selangor (sehingga semalam) untuk #kekalkhairuddin yang baru melompat dari PAS ke partinya malam tadi.

Ini adalah satu tindakan tidak bermaruah dan tidak setiakawan oleh PKR kerana sebelum ini telah pun disepakati dalam perbincangan peringkat negeri bahawa DUN Paya Jaras ini diperuntukkan untuk parti kami dan bukannya untuk PKR.

Barang harus diingat parti kami mempunyai bilangan ahli akar umbi terbesar di kawasan ini berbanding PKR. Kami telah giat menarik ahli-ahli PAS yang mengundi Khairuddin yang menyebabkan beliau menang dalam PRU yang lalu sehingga PAS lumpuh di kawasan ini.

Kami juga telah mempunyai calon yang lebih layak untuk bertanding di kawasan yang telah giat berkempen di merata ceruk dalam DUN Paya Jaras sejak 2 tahun kebelakangan ini.

Justeru tindakan untuk mengekalkan Khairuddin yang baru melompat itu kami anggap sebagai satu tindakan mensabotaj parti kami oleh PKR.

Berapa banyak lagi harus parti kami berkorban untuk mengikut telunjuk PKR? Disuruh menerima ‘bapak perompak negara’ sebagai ketua menggantikan DSAI dalam Pakatan, kami terima.

Disuruh menggunakan logo PKR untuk PRU kali ini, kami juga terima. Kini kerusi yang sudah pun dijanjikan kepada kami, yang telah kami berusaha bersungguh-sungguh menawannya pula mahu diserah kepada si pelompat yang hanya melompat setelah tidak dicalonkan lagi oleh parti lamanya.

Jika ini bukan tindakan pengkhianatan oleh PKR, apa lagi mahu disebut?

Justeru kami ahli akar umbi Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta kawasan Parlimen Sungai Buloh dengan ini bertegas dan menolak dengan keras kempen Kekal Khairuddin.

Kami juga mendesak agar PKR tidak meletakkan sebarang calon di parlimen ini atau berdepan tindakan sabotaj dari 327227 ahli akar umbi parti kami di sini.

Sekian, harap maklum

Dr. Ustaz Mohd Habib Al intani
Yang Di Pertua,
Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta
Kawasan Parlimen Sungai Buloh
1.05pm | Isnin, 9/4/2018

Tiada ulasan: