Sabtu, 8 Oktober 2016

Wadah anak muda kritik Bajet 2017

ARIF ATAN
 
 
Saluran untuk mahasiswa mengkritik Bajet 2017Saluran untuk mahasiswa mengkritik Bajet 2017Golongan muda terutama mahasiswa diseru supaya bersikap kritikal terhadap Bajet 2017 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan di Parlimen 21 Oktober ini.

Pengerusi Mahasiswa Amanah, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, satu wadah untuk pandangan berkenaan dapat disalurkan adalah dengan menyertai pertandingan anjuran sayap pemuda parti itu.

Cabaran Universiti Amanah Analisis Bajet 2017 mencari mahasiswa yang mampu mengkritik Bajet 2017 sebelum mereka berentap secara berkumpulan untuk menghasilkan analisis terbaik berkenaan belanjawan tahunan itu.

Menurut Fadhli, mahasiswa wajar menyertai program itu sebagai wadah untuk menyalurkan kritikan yang kemudian akan disalurkan terus pada ahli-ahli parlimen Amanah yang akan membahaskan bajet tersebut.

“Sekiranya bajet yang dibentangkan kelak tidak menguntungkan rakyat lebih-lebih lagi anak muda, inilah platformnya. Mahasiswa dapat memberi maklum balas pada bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri.

“Program ini juga memberikan peluang secara langsung kepada anak muda dan mahasiswa untuk memahami selok-belok ekonomi dan pengurusan kewangan negara dari pakar-pakar ekonomi,” ujarnya lagi ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Ahmad Fadhli Umar AminolhudaAhmad Fadhli Umar AminolhudaSementara itu, ahli Biro Ekonomi Pemuda Amanah, Akmal memberitahu peluang untuk menjadi lebih baik daripada Malaysian Official 1 itu dengan menyertai inisiatif tersebut adalah pendekatan julung-julung kali diadakan oleh sebuah parti politik di negara ini.

“Tujuan utama kita cetuskan idea ini untuk melahirkan lebih ramai pelapis sama ada dalam mahupun di luar parti supaya mampu mengkritik Bajet.

“Jadi, kita fokus pada peserta daripada kalangan mahasiswa. Kita buka kepada mana-mana mahasiswa berumur 25 tahun ke bawah tanpa mengira apa jua bidang.

“Sebabnya, untuk kita faham dan ulas Bajet ini bukannya perkara yang terlalu sukar. Jadi, Biro Ekonomi Pemuda Amanah bekerjasama dengan Mahasiswa Amanah untuk kita latih mahasiswa dalam bidang ini,” jelasnya yang juga koordinator program tersebut.

Cabaran Universiti Amanah Analisis Bajet 2017 juga adalah dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) serta Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Tarikh pendaftaran secara individu atau berkumpulan adalah sebelum 10 Oktober ini dengan kursus bersama Ideas dan perkongsian bersama Ahli Parlimen sebelum pembentangan Bajet 2017 oleh Najib

Tiada ulasan: