Jumaat, 28 Oktober 2016

RM5juta tumpu perbelanjaan pembangunan dalam Belanjawan Selangor 2017

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Seri Mohamed Azmin AliDatuk Seri Mohamed Azmin Ali
Belanjawan Selangor 2017 yang akan dibentangkan pada Isnin depan akan memberi tumpuan kepada perbelanjaan pembangunan berbanding perbelanjaan mengurus, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata belanjawan tahun ini perbelanjaan pembangunan dan mengurus diseimbangkan kepada 50 peratus manakala kerajaan negeri menyasarkan untuk memberi peningkatan lebih besar kepada pembangunan dalam Belanjawan 2017.

"Peruntukan lebih besar ini bertujuan memastikan pembangunan kampung dan desa juga seiring atau tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan kemodenan negeri," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan kunci rumah Taman Jenderam Murni kepada 83 penerima hari ini lapor Bernama.

Dalam perkembangan sama Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram, dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah,berkata, kerajaan negeri juga memperuntukan RM5juta bagi tujuan pembangunan kampung baru di seluruh negeri dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2017.

Katanya, jumlah tersebut berbeza dengan Umno dan Barisan Nasional apabila hanya memperuntukan RM200,000 untuk tujuan pembangunan ketika memegang tampuk pemerintahan negeri, sebelum 2008.

Hian Wah berkata, peruntukan tersebut sekali gus membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri membantu masyarakat luar bandar menikmati hasil kekayaan negeri secara telus dan adil.

“Ini merupakan berita yang cukup baik buat rakyat Selangor khususnya penduduk di kawasan kampung baru seluruh negeri.

“Untuk tempoh 2017, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan RM5 juta kepada seluruh kampung baru Selangor bagi tujuan naik taraf infrastruktur dan fasiliti,” katanya dipetik SelangorKini.

Tiada ulasan: