Selasa, 25 Oktober 2016

Adun BN membuat pengkritik tugu banjir Kelantan jatuh terlingkup.

Oleh shahil

"

 

Baniir pada tahun 2014 merupakan banjir terburuk dalam sejarah sejak banjir tahun 1973. Paling menderita ialah rakyat Kelantan kerana sebahagian besar negeri itu dilanda banjir tersebut.

Kuala Krai merupakan kawasan paling teruk dilanda bencana tersebut. Ramai rakyat yang terkorban, kemusnahan harta benda tak terkira.

Baru-baru lalu ternbinalah sebuah tugu di Kuala Krai. Sebuah tugu untuk memperingati peristiwa banjir besar.

Sekonyong-konyong riuh rendahlah orang mencela kerajaan Kelantan. Kata mereka, apa ke jadahnya Kerajaan Kelantan membina tugu dengan kos rm60,000.00 itu sedangkan duit tersebut boleh digunakan untuk membena rumah rakyat yang dilanda banjir.

Jahatnya kerajaan Kelantan. Tak berguna langsung kerana mengutamakan tugu dari rakyat. 

Sekonyong-konyong ada juga wakil rakyat BN yang jujur mengakui kerajaan Kelantan tidak bersalah dalam hal tugu ini. Ada juga adun BN yang bercakap benar. Tahniah dan syabash.

Kata Datuk Md Alwi, adun Kok Lanas,  tugu tersebut dibina dengan pembiayaan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia selepas inisiatif diusahakan Persatuan Juruukur Malaysia. "Tidak boleh hendak salah kerajaan negeri. Apa-apa maklumat mengenai ukur datang daripada Persatuan Juruukur Malaysia. Kami ada enam lembaga iaitu tiga wakil kerajaan dan tiga lagi dari swasta, di mana saya salah seorang daripadanya. Tugu itu mencatat maklumat mengenai banjir yang berlaku di Kelantan sejak 1920,” katanya ketika menjelaskan isu terbabit pada persidangan Dun.

Ambik kau!

Dimana pencela kerajaan Kelantan nak letak muka?

Tak malukah buat fitnah?

Jatuh tertumus ke tahi lembu muka pencela kerajaan Kelantan itu dengan pengakuan Datuk Alwi.


Tiada ulasan: