Khamis, 18 Februari 2016

Liong Sik mohon batalkan saman Najib

ANTARAPOS.COM


Post Pic
  
 
KUALA LUMPUR:  Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik telah memohon untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan tersebut
 
Pihak-pihak dalam saman itu telah memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk John Louis O Hara yang menetapkan 31 Mac depan untuk pengurusan kes bagi peguam Najib mendapatkan arahan.
 
Peguam Gregory Ling, yang mewakili bekas presiden MCA itu, berkata antara sebab yang dinyatakan dalam permohonan untuk membatalkan saman itu ialah bahawa tidak ada sebab yang munasabah untuk tindakan itu dan bahawa orang lain membuat gesaan yang sama.
 
"Anak guam saya hanya menyokong pandangan Mahathir dalam perkara ini," katanya, sambil menambah bahawa Mahathir juga telah memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan Ling.
 
Peguam M Reza Hassan, yang mewakili Najib mengesahkan mereka telah diserahkan permohonan Ling dan kerana itu "kami perlu mendapatkan arahan selanjutnya dalam perkara ini"

Tiada ulasan: