JOHOR BAHRU: Penghasilan kapsul anti-denggi oleh sekumpulan penyelidik
Institut Pembangunan Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
dikatakan berpotensi mengatasi jangkitan virus yang menjadi ancaman masa
kini iaitu virus Zika.
Kapsul yang diperbuat daripada ekstrak daun betik dan minyak kelapa
dara itu telah melalui penyelidikan selama lima tahun, diyakini selamat
digunakan untuk semua peringkat umur termasuk wanita mengandung, selain
boleh digunakan bagi mengelak jangkitan denggi.
Ketua Penyelidik, Dr Harisun Yaakob yang dipetik Berita Harian berkata,
produk itu menggunakan dua herba terpilih dan menjadikan minyak kelapa
dara yang dikesan mempunyai fungsi terbaik sebagai ejen pembawa.
Katanya, produk dikenali sebagai Anti D'ngue itu sudah menjalankan
pelbagai uji kaji makmal termasuk ke atas pesakit denggi bagi memastikan
keberkesanannya.
"Produk ini digunakan sebagai makanan tambahan sebelum serangan denggi, ketika jangkitan denggi dan selepas pulih.
"Kajian mendapati campuran ekstrak daun betik dan beberapa herba dengan
menggunakan campuran minyak kelapa dara dapat merencatkan pertumbuhan
dan indikasi virus denggi.
"Produk lain ialah formulasi yang hanya berasaskan daun betik manakala
Anti D'ngue menggunakan beberapa herba lain menjadikan kesan lebih
tinggi, selain kita guna teknologi nano untuk meningkatkan
keberkesanannya," katanya.
Dr Harisun berkata, produk ini berpotensi mengelak virus Zika kerana virus itu juga berasal daripada punca nyamuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan