Jumaat, 25 Disember 2015

Sudah kukuh, Perkasa tidak perlu tubuh parti

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya
Abu Bakar


SHAH ALAM - Tidak ada keperluan bagi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk berdiri sebagai sebuah parti politik.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, ini kerana Perkasa mempunyai tapak dan pengaruh yang kukuh untuk kekal sebagai NGO.

Tambahnya lagi, suara Perkasa sebagai NGO masih didengar oleh pihak kerajaan.

Bagaimanapun perkara tersebut terpulang kepada ahli dan pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan.
“Tidak perlu bagi Perkasa untuk bertukar kepada sebuah parti.

"Jika mereka mahu Perkasa menjadi sebuah parti, jadi kita akan tubuhkan parti,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan beberapa pihak yang menyarankan Perkasa menjadi parti politik.


Tiada ulasan: