Isnin, 28 Disember 2015

Selebriti pun tidak terlepas tegur kenyataan #2kerja

 
Pekerjaan adalah perkara yang dilakukan setiap hari. Jadi, untuk seseorang melakukan dua pekerjaan bererti mereka harus bekerja selama 16 jam sehari.


harith


PETALING JAYA: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan mengenai saranannya yang menyeru rakyat Malaysia melakukan lebih dari satu kerja mendapat perhatian di luar jangkaan termasuk daripada selebriti negara.

Selebriti tanah air, Harith Iskander menerusi status di Facebooknya menyangkal kenyataan Ahmad selain menerangkan pekerjaan adalah perkara yang dilakukan pada setiap hari.

“Pekerjaan adalah perkara yang dilakukan pada setiap hari. Jadi, untuk seseorang melakukan dua pekerjaan bererti mereka harus bekerja selama 16 jam sehari,” ujarnya.

Harith turut menjelaskan selain seorang pelawak, beliau turut melakukan perkara lain seperti pengacara, penulis, pelakon, jurulatih dan juga pengarah.

“Ia tidak bermakna saya miliki enam pekerjaan. Ia bermakna saya melakukan enam perkara yang berbeza. Jadi dalam konteks kakitangan kerajaan, boleh dikatakan saya memegang enam jawatan yang berbeza,” ujarnya.

Pelbagai pihak termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin serta Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N Gopal Krishnam yang mengecam keras kenyataan yang dibuat Ahmad itu.

Bagaimanapun, Ahmad tampil menjelaskan bahawa dua pekerjaan yang dilakukan itu adalah seperti perniagaan atas talian.

Tiada ulasan: