Sabtu, 5 Disember 2015

RUU MKN akan diterima jika tidak disalah guna – Ku Li

 
Beliau berpendapat kerajaan pada masa sekarang telah mempunyai cukup kuasa undang-undang dan ia tidak perlu kepada RUU MKN2015


Tengku-Razaleigh-Hamzah.parlimen


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (RUU MKN 2015) akan diterima rakyat jika pelaksanaannya tidak disalah guna.

Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia akan menjadi masalah jika ia dibuat untuk tujuan lain.

“Pada pandangan saya pemimpin merasakan mereka perlukan banyak kuasa untuk menangani masalah yang mereka hadapi pada hari ini tetapi itu pandangan mereka dan selalunya pandangan itu menjadi masalah,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga berpendapat kerajaan pada masa sekarang telah mempunyai cukup kuasa undang-undang dan ia tidak perlu kepada RUU MKN2015.

Katanya atas faktor itu, orang awam, mereka daripada pembangkang tidak gembira dengan rang undang-undang berkenaan.

Ketika ditanya sama ada RUU MKN 2015 akan mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, di mana lebih banyak kuasa diberikan kepada Perdana Menteri, beliau menyangkal pandangan itu.

“Saya tidak melihat ia mengambil alih peranan Yang di-Pertuan Agong, tidak lagi sehingga saya melihatnya, saya harap ia tidak jadi sebegitu seperti mana yang berlaku pada ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), katanya.

Tiada ulasan: