Khamis, 17 Disember 2015

Rugi lebih RM50j, peniaga harap diberi lebih masa


vape
Gambar hiasan.


KOTA BHARU - Kerajaan negeri diharap dapat memberi lebih masa kepada peniaga yang menjual peranti dan cecair berperisa rokok elektronik atau vape di negeri ini bagi mengosongkan premis perniagaan kerana tempoh 14 hari diberikan tidak mencukupi.

Presiden Pertubuhan Peniaga Vape Melayu (PPVM) Cawangan Kelantan, Mohd Azlee Che Mohd Zaid berkata, tempoh masa itu terlalu pendek untuk peniaga melakukan kerja pengosongan selepas keputusan muktamad kerajaan negeri semalam, tidak akan mengeluarkan lesen vape kepada peniaga di Kelantan.

“Kita menjangkakan lebih 350 peniaga vape di negeri ini akan kerugian kira-kira RM50 juta jika premis mereka  ditutup selepas larangan penjualan dikuatkuasakan tahun depan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kelantan kekal tidak keluarkan lesen vape

“Kita harap kerajaan negeri dapat memberi lebih masa kepada peniaga untuk menjual peranti dan cecair berperisa mereka kerana tempoh 14 hari yang diberikan tidak mencukupi.

“Ini kerana modal yang digunakan untuk membuka sebuah kedai vape mencecah sehingga RM200,000.
Peniaga juga perlu diberi masa mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan dan mencari peluang perniagaan lain selepas ini apabila perniagaan vape tidak lagi dibenarkan di Kelantan," katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan satu memorandum berhubung perkara berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.

Memorandum itu diserahkan kepada kerajaan negeri bagi membela nasib peniaga vape di Kelantan  supaya dapat memanjangkan tempoh diberikan berikutan peniaga terbabit terpaksa menutup perniagaan serta-merta.


Tiada ulasan: