Rabu, 9 Disember 2015

Puteri pertahan sekatan pada wartawan bukan Islam

MALAYSIAKINI


 


Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin mempertahankan tindakan sayap itu yang hanya membenarkan wartawan beragama Islam membuat liputan untuk sebuah acaranya hari ini.

Mas Ermieyati menegaskan program itu – Daulatkan Islam Agama Negara (DIAN) – itu bertujuan melindungi kedaulatan Islam dan negara ini, lapor New Straits Times.

“Jadi, ia eksklusif kepada penganut dan pemimpin Islam,” beliau dilapor sebagai berkata ketika diminta mengulas isu itu ketika pelancaran DIAN hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika terus ditanya pemberita.

Siang tadi, beberapa wartawan bukan Islam dilarang daripada masuk ke acara yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

Mereka disekat oleh anggota pasukan sukarelawan RELA yang mengawal pintu masuk yang memberitahu hanya orang Islam boleh masuk ke acara itu.


Tiada ulasan: