Sabtu, 12 Disember 2015

PAU: Krisis UMNO, GST punca peniaga rugi besar

 
Sejak 10 tahun berniaga di Persidangan Agung UMNO, kali ini perniagaan di PAU alami kerugian paling buruk. 


gst UMNO


KUALA LUMPUR: Perniaga di Persidangan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengalami kerugian besar, kesan daripada perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan.

Seorang perniaga,Nor Adina Shamsul Bhri, 27 berkata, kesan daripada GST perniagaan beliau rugi hampir 50 peratus berbanding tahun lepas.

“Tahun ini slow sangat. Antara punca (perniagaan tidak laku) mempunyai kaitan dengan GST. Tahun lepas lagi masuk dari segi keuntungan, malah kali ini kami susut 50 peratus berbanding keuntungan tahun lepas.

“Kalau boleh pihak kerajaan mansuhkan GST, kerana ia memberi kesan kepada pengunjung untuk membeli dan keadaan ekonomi negara biarlah stabil sebab rakyat berada dalam kesusahan sekarang bukan semua senang,” katanya ketika ditemui FMT.

Sementara itu, bagi Mohd Syawal Zainal, 30, berkata, beliau menjangkakan perniagaan di Persidangan Agung UMNO 2015 akan memberi keuntungan yang lumayan, namun sebaliknya berlaku apabila dia tidak memperolehi keuntungan seperti yang diidamkan.

“Kami jangkakan perniagaan kami akan berjaya, tetapi apa yang berlaku perniagaan kami sangat slow.
Saya juga tidak menolak kemungkinan, faktor GST menyebabkan pernagaan kami kurang laku.

“Sebab tapak yang kami kena bayar 3,000 hingga 8,000 ribu, (malah keuntungan yang kami dapat) sangat tak berbaloi, kami nak bayar sewa pun memang tak lepas, jadi sangat susah bagi kami (peniaga),” katanya dalam nada yang kecewa.

Namun lain pula bagi, Bukharie Dollah, 33, katanya, selain faktor GST yang menjadi punca perniagaanya kurang menjadi, tetapi juga disebabkan faktor politik.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan, kemelut yang berlaku dalam UMNO menyebabkan rakyat jadi muak untuk datang ke Persidangan Agung UMNO kali ini.

“Saya berniaga disini hampir 10 tahun , selama 10 tahun kami berniaga tahun ini paling slow perniagaan kami. Kalau tahun lepas pengunjung mula tidak putus bermula jam 7 pagi hingga 10 malam,

“Mungkin juga ini disebabkan faktor politik (kemelut yang berlaku dalam UMNO). Tahun ini pengungjung memang tidak ada, tahun lepas pengungjung terdiri daripada orang-orang kampung yang datang , sekarang ini semua yang datang kebanyakan dari AJK parti,” katanya.

Tiada ulasan: