Selasa, 8 Disember 2015

PAS bincang calon PRN Sarawak Sabtu ini

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PAS akan mengumumkan senarai nama calon dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Sabtu ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat, demikian jelas Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.
 
Beliau dalam pada itu berkata, parti itu belum memuktamadkan senarai nama calon itu kerana masih diperingkat perbincangan kepimpinan PAS.
 
"Kita (PAS) tengah bincang (senarai calon), belum (diputuskan) lagi", katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Ditanya samada PAS akan bertanding di kerusi-kerusi milik DAP dan PKR, jelasnya belum ada kepastian untuk PAS berbuat demikian memandangkan ia perlu pengesahan daripada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Kita (PAS) akan adakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 12 Disember ini jam 10 pagi.
 
Semalam, PKR bertindak mendahului parti lain dalam Pakatan Harapan mengumumkan senarai calonnya pada PRN Sarawak tahun depan.
 
Perkara itu diumumkan Naib Presidennya Dr. A. Xavier Jayakumar di mana kumpulan pertama 15 calon keutamaannya yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
 
Mereka ialah Nurhanim Hanna Dato Mokhsen yang bakal bertanding di Tupong, See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Abg Zulkifli Abg Engkeh (Lingga), Norina Umoi Utot (Simanggang), Yakub Daud (Saribas), Vernon Aji Kedit (Layar), Ali Biju (Kerian), George Chen (Machan), Abdul Raafidin Majid (Nangka), Abun Sui Angit (Murum), Elia Bit (Marudi), Ronald Engan (Telang Usan), Paul Baya (Mulu) dan Baru Bian (Ba'Kelalan).
 
Selain PKR, Parti Amanag Negara (Amanah) juga berhasrat melahirkan 'anak sulung' mereka dalam pilihan raya yang sama.
 
Umum mengetahui kebanyakkan kerusi di Sarawak ditandingi parti DAP, namun carian Antarapos mendapati PKR bertindak meletakkan calon di DUN Simanggang yang dimenangi parti Cina itu pada pilihanraya lalu.
 
PRN Sarawak kali ini menyaksikan penambahan 11 lagi kerusi setelah mendapat kelulusan usul persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Jumaat lalu.
 
Kerusi berkenaan adalah membabitkan Batu Kitang, Stakan, Serumbu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.
 
 

Tiada ulasan: