
MCA hari ini mempersalahkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung ikrar Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju untuk menjadikan Kompleks Kota Raya di ibu negara ‘panas’.
"Tidak dinafikan bahawa keberanian Ali Tinju untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi berbaur hasutan adalah kerana tindakan Peguam Negara yang menggugurkan semua tuduhan terhadapnya di sebalik apa yang dilakukannya di luar Plaza Low Yat.
Beliau berkata, jika Peguam Negara tidak menggugurkan tuduhan hasutan terhadapnya, Ali Tinju akan berfikir dua kali untuk menganjurkan demonstrasi jalanan.
Chew berkata demikian ketika mengulas rancangan Ali Tinju untuk mengadakan satu lagi protes di luar kompleks membeli-belah Kota Raya petang ini sebagai tindak balas terhadap seorang peniaga telefon bimbit yang didakwa menipu dan mengurung pelanggannya.
Tinjauan Malaysiakini menunjukkan bahawa banyak kedai-kedai di kompleks membeli-belah ditutup kerana takut dengan protes tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan