Selasa, 8 Disember 2015

Ku Nan dinasihat hormat Muhyiddin jika mahu dihormati

Muhyiddin dipilih menjadi Timbalan Presiden oleh akar umbi manakala jawatan Ku Nan pula dilantik oleh MT.


tengku-adnan-mansor,muhyiddin,shafie


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dinasihatkan supaya lebih menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO yang dipilih oleh ahli.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Muhyiddin memperoleh jawatan Timbalan Presiden melalui undi yang diberikan oleh akar umbi kepadanya.

Manakala, jawatan yang diperoleh Tengku Adnan atau lebih mesra dipanggil Ku Nan diberikan secara lantikan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT).

“Beliau (Muhyiddin) Timbalan Presiden, anda (Tengku Adnan) Setiausaha Agung. Beliau diundi, anda dilantik. Jangan hanya minta dihormati, kenalah hormati orang lain.

“Muhyiddin hanya mahu memberikan pandangan dan teguran. Adakah ia salah?,” katanya dalam satu sidang media di Seri Hartamas pada Selasa.

Ahli Parlimen Semporna itu juga menafikan terdapat pertembungan dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sebaliknya apa yang berlaku hanya perbezaan pendapat.

“Tidak ada pertembungan di dalam UMNO, hanya perbezaan pendapat. Mana-mana ahli dan pemimpin di dalam parti berhak menyuarakan pandangan mereka,” katanya lagi.

Tiada ulasan: