Khamis, 10 Disember 2015

Kes rogol di Malaysia berlaku setiap 35 minit

 
Secara purata sebanyak 3,000 kes rogol dilaporkan di Malaysia setiap tahun.


Yap-Soo-Huey,rogol


GEORGE TOWN: Sebanyak 42,449 kes keganasan rumah tangga, 31,685 kes rogol dan 24,939 kes cabul dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2013, kata Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) Yap Soo Huey.

Beliau berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC), secara purata 3,000 kes rogol dilaporkan di Malaysia setiap tahun.

“Ini bermakna setiap 35 minit terdapat seorang gadis atau wanita dirogol di Malaysia. Kebanyakan kes rogol melibatkan mangsa berumur bawah 16 tahun, pada 2013, jumlah kes melibatkan remaja bawah umur adalah sebanyak 2,111 kes,” katanya yang dipetik dari Bernama.

Soo Huey berkata, menurut Kementerian Dalam Negeri, sebanyak 28,741 kes rogol dilaporkan dari tahun 2005 hingga 2014 dengan 16 peratus (4,514 kes) dibawa ke mahkamah dan 2.7 peratus (765 kes) didapati bersalah.

Tiada ulasan: