Khamis, 24 Disember 2015

Jangan tabur kebencian kepada Pas dan Umno

Md Alwi Che Ahmad
Md Alwi Che Ahmad 
 
 
KOTA BHARU – Ketua Penerangan BN Negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad mempersoalkan motif tindakan sesetengah pihak yang menabur kebencian supaya Pas dan Umno saling membenci, sekali gus tidak bersatu dalam semua perkara.

Menurutnya, politik tidak memerlukan kebencian, walaupun wujud perbezaan pendapat di kalangan parti pemerintah dan parti pembangkang.

“Saya yakin, arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mengajar (Pas) untuk membenci parti lawan. Tok Guru hanya bercakap mengenai perbezaan ideologi sahaja, bukannya soal kebencian.

“Saya tidak faham kenapa orang Islam tidak mahu tengok orang Islam bersatu. Bersatu bukan bermakna duduk dalam satu parti, tetapi, ada sesetengah isu yang memerlukan kita bersatu,”katanya kepada media di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan besar penyokong Pas dan Umno yang tidak bersetuju dengan idea penyatuan tersebut keluar dan meninggalkan parti menjelang PRU14 ini

Tiada ulasan: