Selasa, 29 Disember 2015

Harga minyak menjunam, Brent pada paras terendah 11 tahun

MALAYSIAKINI


 


GLOBAL Kebimbangan bahawa harga minyak mentah akan terus menjunam lagi pada tahun baru ini menyaksikan harganya jatuh lebih tiga peratus dengan kontrak penanda aras global, Brent kembali ke paras terendah 11 tahun.

Brent ditutup AS$1.27 lebih rendah kepada AS$36.62 satu tong selepas jatuh ke paras terendah dalam sesi dagangan pada AS$36.52.

Menurut Reuters, dagangan hadapan minyak Amerika Syarikat jatuh lebih dua peratus berikutan penjualan berterusan produk ditapis.

Data Jepun pula menunjukkan dagangan hadapan di Asia mencatatkan harga minyak menunjukkan kejatuhan jualan terendah 46 tahun di negara itu.

Kejatuhan ketara pada sesi dagangan di New York, berikutan beberapa peniaga jangka lantunan pra Krismas, yang mana harga naik kira-kira AS$2 satu tong, tidak kesampaian.

"Dagangan tidak hebat, yang biasa pada waktu ini, dan kebanyakan peniaga mengambil kedudukan bagi menghadapi jangkaan suku pertama 2016 yang lebih lemah," kata Tariq Zahir di Tyche Capital Advisors di Long Island, New York.

Brent mencecah AS$35.98 pada Selasa, paras terendah sejak 2004.

Sementara itu, perangkaan yang disiarkan oleh OPEC menunjukkan lebihan minyak sekitar dua juta tong sehari.

Jumlah itu menyamai lebih dua juta peratus permintaan dunia.

Harga minyak mentah jatuh 70 peratus daripada paras tinggi lebih AS$100 satu tong pada Jun 2014 selepas OPEC, diterajui Arab Saudi, menarik balik dasar mengurangkan pengeluaran bagi mempertahankan penguasaan pasaran.

Riyadh dikatakan bercadang mengurangkan perbelanjaan bagi menguruskan defisit bajet rendah.- Reuters


Tiada ulasan: