Jumaat, 4 Disember 2015

Dr Asyraf minta kaji kenaikan mendadak kos pengangkutan awam

 
Bagaimanapun, status baharu itu dikatakan sudah disunting daripada status awal yang dimuat naik melibatkan kaitan syarikat konsesi yang mendapat banyak manfaat daripada kerajaan pada zaman Tun Dr Mahathir.


Dato'-Dr-Asyraf-Wajdi-Dusuki,erl


PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyuarakan pandangan supaya pihak kementerian yang terlibat mengkaji semula kenaikan mendadak kos tambang pengangkutan awam terutamanya ERL yang amat membebankan pengguna.

Beliau yang menjaga portfolio Hal Ehwal Agama berkata, pandangan itu disuarakan bagi pihak rakan-rakan dan rakyat marhaen yang terkesan dengan pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam.

“Apakah syarikat-syarikat seumpama ini sudah mati rasa hingga langsung tidak memikirkan kesengsaraan rakyat lantaran terlalu rakus mengejar keuntungan semaksima mungkin hingga menggabaikan tanggungjawab sosial lebih besar,” soalnya dalam muatnaik status Facebook milik beliau.

Bagaimanapun, status baharu itu dikatakan sudah disunting daripada status awal yang dimuat naik melibatkan kaitan syarikat konsesi yang mendapat banyak manfaat daripada kerajaan pada zaman Tun Dr Mahathir.

“Bila saya kaitkan Tun Mahathir pula dengan kenaikan tambang ERL? Saya hanya menyebutkan syarikat konsesi yang mendapat banyak manfaat daripada kerajaan pada zaman Tun tapi sekarang lupa daratan untuk menyantuni keperluan dan keperitan rakyat.tapi sekarang lupa daratan untuk menyantuni keperluan dan keperitan rakyat,” katanya dalam respon kepada pertanyaan pengguna Facebook yang mempersoal sebab beliau menyunting kembali statusnya.

Seorang pengikut Facebook Dr Asyraff, Siti Hajar Aladin sebelum mesej asal disunting membabitkan nama Dr Mahathir mengeluh sebab nama bekas perdana menteri itu dikaitkan dalam posting itu.

“Saya respect Dr sebagai seorang pemimpin Islam yg boleh membantu rakyatnya.. Tetapi bile Dr cuba menuding jari kepada Tun, saya merasakan itu bukan penyelesaian dan saya hilang respect kepada Dr..

Bukan kerana saya penyokong Tun.. Menuding jari kepada orang lain, satu jari kepada org yang dituding, 4 jari kepada diri sendiri.. Adakah Dr merasakan Malaysia hari ni maju disebabkan hasil usaha PM sekarang? Satu pesanan saya, jadilah pemimpin yang menyelesaikan masalah, bukan yang mencari masalah..,” tulisnya.

Tiada ulasan: