Selasa, 8 Disember 2015

Dasar Pemisah Kakitangan Awam Bawah 60 Markah? Singkir Kaki Bodek, Ponteng Kerja, Curi Tulang?

BERITA SEMASA
 
 
Dasar Pemisah Kakitangan Awam Bawah 60 Markah? Singkir Kaki Bodek, Ponteng Kerja, Curi Tulang?


dasar pemisah


Penjawat awam yang seringkali ponteng kerja, masuk kerja lewat, balik awal, kerap kali minum di gerai di waktu kerja, berborak berjam-jam, kerja sambil lewa, kaki bodek dan ampu, lebih banyak mulut bergerak daripada tangan bergerak, golongan inilah yang menjadi laba kepada kelompok kakitangan awam yang berkualiti sehingga menjadi buah mulut rakyat Malaysia terutamanya golongan pembayar cukai di Malaysia.

Jikalau jabatan kerajaan di peringkat negeri, lagi ketara. Bertambah teruk lagi yang terletak di luar bandar. Orang lama lagilah teruk keraknya.
Dan Berita Semasa sama sekali bersetuju golongan seperti ini yang mengambil kesempatan dengan kelonggaran di sektor awam dinyahkan segera daripada terus menjadi sebahagian daripada jutaan kakitangan awam di Malaysia. Cuepacs pun sama-sama bersetuju dengan arahan terbaru JPA.

Walaubagaimanapun jangan dibiarkan hanya pegawat atas sahaja diberikan akses untuk melakukan penilaian sahaja. Takut-takut diekspolitasi dan sistem itu akan menzalimi orang bawah. Mungkin boleh dipertimbangkan semula sistem penilaian 360 darjah?

Mengapa ramai yang berminat benar menjadi penjawat awam?

Berita Semasa perhatikan, hubungan dalam sesebuah jabatan kerajaan sangat rapat. Realitinya, ada banyak aktiviti kumpulan sokongan, profesional bergaul hingga wujudkan hubungan lebih erat dari saudara-mara, hingga panggil ‘abang’ ‘kakak’. Bowling, tazkirah, kenduri kahwin, khatan, lawatan, team-building, kursus, seminar, mesyuarat, tolong hantar kereta ke bengkel, tolong bos bayar bil, sambutan hari lahir staf, hari keluarga. ikatan terbentuk terlalu erat untuk dibuang yang sudah pun bernanah daripada dahulu lagi.

Kadang-kadang, masa yang dihabiskan bersama staf lebih banyak dari dgn ibubapa, adik-beradik, sedara-mara.

Sektor awam semestinya, bukan syarikat yang pentingkan kualiti dan keuntungan kepada pelanggan mereka.
  • Masing-masing berkejaran untuk bersara umur 60
  • Masing-masing menunggu untuk menerima pencen setiap bulan di akhir hayat mereka
  • Lama lagi nak kerja sama-sama.
  • Berita Semasa yakin dan percaya sistem ‘kekeluargaan’ dalam pejabat kerajaan yang membuatkan ada kalangan yang bermasalah masih disimpan bekerja
  • sangat sukar untuk kena buang
Inilah realiti yang berlaku di dalam sektor awam. So secured.

 

Buang Penjawat Awam Di Bawah Dasar Pemisah (Exit Policy)?

  • Bawah 60 markah akan diberikan amaran
  • Diberikan peluang setahun untuk memperbaikinya
  • jikalau tidak berubah akan berpotensi kena buang kerja sebagai penjawat awam
Masih mahu lagi disimpan 1 tahun? Ermmm….

P/S : Singkirkan mereka yang tidak menghargai peluang yang diberikan. Ramai lagi di luar sana yang lebih bertenaga dan mempunyai idea yang lebih baik untuk masuk ke sektor awam.


Tiada ulasan: