Isnin, 21 Disember 2015

Cadangan wujudkan Mara Digital di Anggerik Mall, Shah Alam sedang dibincang

THE MALAYSIAN INSIDER

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berikutan Anggerik Mall di Shah Alam mempunyai keluasan yang agak terhad untuk menempatkan ruang jualan gajet dan telefon bimbit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2015. 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia berikutan Anggerik Mall di Shah Alam mempunyai keluasan yang agak terhad untuk menempatkan ruang jualan gajet dan telefon bimbit. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Cadangan mewujudkan Mara Digital Mall di pusat membeli-belah Anggerik Mall di Shah Alam masih dalam peringkat perbincangan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ia berikutan pusat beli-belah itu mempunyai keluasan yang agak terhad untuk menempatkan ruang jualan gajet dan telefon bimbit.

"Kita (kementerian) masih berbincang (dengan pihak pengurusan Anggerik Mall) untuk menyediakan pusat jualan gajet dan telefon bimbit di Shah Alam kerana kita lihat pusat IT (teknologi maklumat) mampu menarik pengunjung terutamanya golongan muda untuk berkunjung ke sini.

"Bagaimanapun, ruang Anggerik Mall ini agak kecil... mungkin kita hanya boleh menempatkan 10 hingga 15 kiosk di lobi Mall ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat membeli-belah itu hari ini. 
 
Baru-baru ini, Ismail Sabri berkata Mara Digital Mall yang baru beroperasi seminggu di Mara Atrium Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara akan diperluaskan ke setiap ibu negeri seluruh negara bermula tahun depan. – Bernama


Tiada ulasan: