Isnin, 26 Oktober 2015

Zahid minta Muhyiddin hidup di alam nyata

 
Dalam situasi yang berlaku sekarang, sokongan perlu diberikan kepada kepimpinan sedia ada kerana ia telah ditentukan oleh rakyat.


Ahmad-Zahid,-Muhyiddin-Yassin


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya berhenti bernostalgia terhadap perkara lalu.

Nasihat itu diberikan penggantinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, bahawa beliau menjadi pilihan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding jawatan sebagai Presiden UMNO.

“Saya fikir, dalam politik hakikat menjadi elemen utama dalam menentukan kedudukan seseorang. Saya hormati apa yang beliau lontarkan, dan saya juga hormati perasaan beliau.

“Namun saya fikir, realiti yang harus dihadapi, kita tidak perlu bernostalgia terhadap sesuatu yang pernah berlaku tapi tidak menjadi realiti,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan dan Kempen Cintai Buatan Malaysia di Dataran Merdeka.

Jelasnya, dalam situasi yang berlaku sekarang, sokongan perlu diberikan kepada kepimpinan sedia ada kerana ia ditentukan oleh rakyat.

“Kita harus berikan dokongan terhadap kepimpinan yang ada sekarang ini kerana itulah yang ditentukan rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” ujarnya lagi.

Muhyiddin sebelum ini mendakwa mendesak agar Datuk Seri Najib Razak menerima jawatan Perdana Menteri, untuk menggantikan menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika proses peralihan kuasa itu berlaku selepas pilihan raya umum 2008 walaupun beliau menjadi pilihan Dr Mahathir.

Tiada ulasan: