Isnin, 26 Oktober 2015

Umno ingatkan Muhyiddin, jangan beri musuh peluru

Zikri Kamarulzaman 





Seorang pemimpin akar umbi Umno hari ini mengingatkan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak menyediakan peluru kepada musuh-musuh parti itu dengan mendedahkan rasa tidak puas hatinya kepada umum.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, tindakan itu hanya akan merosakkan parti.

"Musuh-musuh di luar sana. Mereka melihat apa yang berlaku, ini tidak baik.

"Saya minta dengan rendah hati, apa sahaja perbezaan yang ada, bawa kepada parti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Umno perlu menutup mulut Muhyiddin yang menjadi semakin lantang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tiada ulasan: