Isnin, 26 Oktober 2015

Tumpahan minyak di ruang letak pesawat

SINAR HARIAN


KLIA2


KUALA LUMPUR - Ruang meletak pesawat Q10 dan Q12 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) di Sepang ditutup kerana tumpahan bahan api.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pasukan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Malaysia mula membersihkan ruang yang terlibat pada pukul 11 pagi, hari ini.

Ia berkata punca tumpahan masih belum diketahui.

"Kuala Lumpur Aviation Fuelling Sdn Bhd (KAFS), yang bertanggungjawab untuk pengisian bahan api pesawat, sedang menyiasat punca tumpahan," katanya.

MAHB memberi jaminan bahawa keselamatan adalah keutamaan utama dan KLIA2 beroperasi secara normal.

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan," kata pengendali lapangan terbang itu. - Bernama

Tiada ulasan: