Rabu, 14 Oktober 2015

Pemimpin Umno tidak boleh terima kritikan, kata penganalisis






Tindakan sekat ahli Umno bersuara lantang menunjukkan parti utama kaum Melayu tersebut masih mengamalkan sistem feudal yang memerlukan ahlinya patuh kepada pemimpin atasan, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.Tindakan sekat ahli Umno bersuara lantang menunjukkan parti utama kaum Melayu tersebut masih mengamalkan sistem feudal yang memerlukan ahlinya patuh kepada pemimpin atasan, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
Tindakan menyekat ahli Umno bersuara lantang menunjukkan parti utama kaum Melayu tersebut masih mengamalkan sistem feudal yang menuntut ahlinya patuh kepada pemimpin atasan, kata penganalisis.

Menurut pemerhatian mereka, politik diamalkan Umno bercirikan budaya orang Melayu yang menuntut seorang pemimpin dilihat kuat di kaca mata masyarakat, oleh sebab itu tidak hairan jika pemimpinnya bersikap autokratik dalam parti.

Ketika dilanda krisis, tindakan mendiamkan ahli menerusi tindakan disiplin atau pemecatan adalah perkara biasa dalam Umno sejak memerintah negara, kata penganalisis politik Prof James Chin.

"Budaya politik orang Melayu menyukai seorang pemimpin yang kuat, jadi tindakan Datuk Seri Najib Razak yang tegas akan menyebabkan kedudukannya masih kuat," katanya. Chin berkata, ia lebih terserlah apabila Umno menutup ruang bersuara untuk ahlinya apabila kritikan yang berasas juga tidak dibenarkan terhadap pemimpin mereka.

"Tidak semestinya parti politik memerlukan satu tahap kesetiaan. Tetapi, masalah dengan Umno ialah, kritikan yang berasas juga tidak dibenarkan," katanya.

Najib selaku presiden Umno ketika ini berdepan cabaran paling besar sejak memegang tampuk pemerintahan negara, terpalit dengan skandal kewangan dan berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi akibat kejatuhan mata wang yang semakin teruk dan faktor luaran lain.

Dua pemimpin tertinggi Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga disingkir daripada Kabinet kerana mengkritik 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.Dua pemimpin tertinggi Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga disingkir daripada Kabinet kerana mengkritik 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider.Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan Umno terkena tempias, bermula dengan krisis dalaman selepas dua pemimpin tertinggi parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal juga disingkir daripada Kabinet kerana mengkritik syarikat dinaungi Najib tersebut.

Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah senada dengan Chin, mengatakan di kalangan pemimpin Umno masih terdapat unsur feudal yang tidak dapat menerima kritikan ahli.

"Dalam Umno masih ada saki baki feudal. Justeru, mana-mana ahli yang lantang bersuara atau memberi pendapat berbeza, lazimnya dikenakan tindakan sama ada dalam bentuk disiplin atau dibalun ahli lain," katanya kepada The Malaysian Insider.

Saifuddin yang juga berdepan tindakan disiplin kerana menghadiri program pembangkang berkata tindakan tegas ke atas ahli akan lebih kerap dilakukan jika di kalangan akar umbi tidak puas hati dengan pemimpin atasan.

"Hari ini, keadaan bertambah rumit kerana presiden parti berdepan dengan rasa tidak puas hati sesetengah ahli, berhubung skandal yang dihadapinya.

"Maka, tindakan disiplin kelihatan makin kerap dan keras," katanya.

Sementara itu, ahli Wanita Umno Langkawi yang dipecat, Anina Saadudin berkata Umno masih mengamalkan kepimpinan yang lapuk kerana tidak menyelesaikan isu dalaman secara demokratik.

"Begitulah lapuknya kepimpinan Umno yang tidak cuba mengatasi isu dalamannya secara demokratik.

"Umno sudah dilihat sebagai parti tua yang ketinggalan zaman oleh gen-Y hanya kerana sifatnya yang tidak terbuka terhadap kritikan," kata Anina yang mula dikenali selepas videonya mengkritik Najib dengan keras pada mesyuarat Umno bahagian yang lalu menjadi viral.

Masalah besar yang perlu dihadapi Umno ketika ini ialah untuk menyelesaikan kemelut parti, terutamanya selepas kenyataan Majlis Raja-raja Melayu mengenai 1MDB, kata Chin.

"Sekarang Sultan sudah mengatakan perkara sama, bolehkah Umno ambil tindakan?" kata Chin merujuk kepada kenyataan Majlis Raja-raja berkenaan 1MDB yang mendesak kes itu diselesaikan segera.

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang didakwa atas cuba mensabotaj ekonomi kerana membuat laporan kepada pihak berkuasa luar negara berkenaan urus niaga 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2015.Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang didakwa atas cuba mensabotaj ekonomi kerana membuat laporan kepada pihak berkuasa luar negara berkenaan urus niaga 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider.Tindakan tegas mula diambil terhadap pengkritik 1MDB yang dinaungi Najib, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.

Mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) atas dakwaan mensabotaj ekonomi susulan tindakan Khairuddin membuat laporan kepada pihak berkuasa luar negara berkenaan urus niaga 1MDB.

Sementara itu, Saifuddin menerima surat tunjuk sebab hanya kerana menghadiri program pembangkang sambil Anina pula dipecat daripada parti kerana tindakannya menyaman Najib membabitkan wang derma RM2.6 bilion.
 
 


Tiada ulasan: