Sabtu, 17 Oktober 2015

NGO Melayu buat laporan polis terhadap Zeti

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan, Jaringan Melayu Malaysia (JMM), hari ini membuat laporan polis terhadap Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz

Ketua Setiausaha JMM, Hamdan Mohd Salleh menyifatkan, tindakan Zeti menarik balik tiga kebenaran yang diberikan Bank Negara kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai berniat jahat.

Katanya, pembatalan tersebut dilihat sebagai cubaan menjatuhkan nama baik dan merendahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali.

Menurutnya, Bank Negara telah membatalkan kebenaran itu di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, (ECA) sedangkan Peguam Negara membuat keputusan bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan di bawah ECA.

“BNM telah membuat keputusan pembatalan atas alasan yang salah dan pembatalan tersebut dibuat kerana maklumat yang diberikan adalah samada tidak tepat atau tidak lengkap.

“Namun begitu, kesalahan yang tertakluk di bawah ECA adalah berkaitan dengan pengemukaan keterangan palsu dan bukannya berkaitan tidak tepat atau tidak lengkap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan polis ke atas Gabenor Bank Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari.

Tambah Hamdan, tindakan Zeti itu seolah-olah menutup kesalahan BNM meluluskan permohonan 1MDB untuk pelaburan mereka di luar negara.

Jelasnya, mengapakah keputusan pembatalan ini dibuat setelah empat hingga enam tahun setelah kebenaran diberikan serta sejurus sebelum siasatan dirujuk kepada Peguam Negara.

“Tindakan yang dibuat oleh Gabenor Bank Negara ini seperti terdapat agenda tersembunyi dan saya percaya juga terdapat banyak kes lagi yang membabitkan kesilapan BNM yang tidak ketahui umum.

“Keputusan ini seolah olah menutup kesalahan dan kelemahan BNM dan saya menggesa pihak berkuasa untuk membuka kertas siasatan ke atas Zeti dalam masa tujuh hari,” ujarnya.

Tiada ulasan: