Isnin, 26 Oktober 2015

Muhyiddin cuba cetus huru-hara dalam UMNO-Jamal

 
Tindakan Muhyiddin itu juga dilihat usaha untuk memecah belahkan ahli parti menjelang Perhimpunan Agung UMNO


jamal-yunos,muhyiddin


PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan sengaja mencabar Ahli Majlis Tertinggi (MT) dengan mendedahkan rahsia 1MDB.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri menggunakan cara berkenaan bagi meraih simpati perwakilan menjelang Perhimpunan Agung UMNO Disember ini.

“Tan Sri Muhyiddin sengaja membuat kenyataan seumpama itu, dengan harapan beliau dipecat Daripada Timbalan Presiden UMNO sebelum Persidangan Agung UMNO pada awal Disember ini.

“Ia untuk mendapatkan sokongan simpati perwakilan,” katanya menerusi Whatsapp pada Ahad.

Dakwanya lagi, tindakan Muhyiddin itu juga dilihat usaha untuk memecah belahkan ahli parti menjelang persidangan nanti.

“Harapan (Muhyiddin) Perhimpunan Agung UMNO kali ini berjalan dalam keadaan huru hara,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mendedahkan kerajaan pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB.

Katanya, cadangan itu bagaimanapun ditolak oleh Jemaah Menteri kerana 1MDB ketika itu baharu sahaja menerima pinjaman daripada jutawan T. Ananda Krishnan sebanyak RM2 bilion.

Tiada ulasan: