Isnin, 26 Oktober 2015

'Muhyiddin boleh buat apa dia suka'

Ku Li


KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas buat atau bercakap apa sahaja tentang Umno memandangkan beliau masih memegang jawatan Timbalan Presiden Umno, demikian menurut pendapat bekas menteri Kabinet, Tengku Razaleigh Hamzah ketika diminta mengulas mengenai tindakan Muhyiddin yang lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhyiddin yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri menggesa mana-mana pimpinan Umno untuk tampil menolak Najib sekiranya tidak bersetuju dengan kepimpinan perdana menteri itu.

"Beliau (Muhyiddin) bebas untuk buat apa sahaja yang beliau suka dan apa sahaja yang beliau fikir.  Terpulang kepada orang lain untuk mempertimbang sama ada apa yang dilakukan itu betul atau salah.

"Beliau sebagai timbalan presiden parti lebih tahu apa yang beliau katakan," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya sahaja bersuara, yang lain buat apa?]

Beliau juga berkata, Muhyiddin berhak menyatakan pandangannya di atas dasar demokrasi negara ini.

"Saya rasa beliau berhak bercakap tentang apa saja. Kita kan hidup dalam masyarakat majmuk dan terbuka.

"Masalah (zaman sekarang) adalah, kita sangat terhubung dengan dunia. Apa sahaja yang kita sampaikan boleh jadi viral dalam masa yang singkat," katanya.


Tiada ulasan: