Ahad, 25 Oktober 2015

Muhyiddin akui Najib semakin tidak menghormatinya

 
Beliau mendakwa Najib Tun Razak tidak memberinya peluang untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO.


muhyiddin-najib


KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin hilang kepercayaan terhadap Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak digugurkan daripada Kabinet.

Malah, Perdana Menteri juga dikatakan tidak lagi menghormati Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua yang dipilih oleh ahli parti.

Perkara itu itu diluahkan sendiri oleh Muhyiddin susulan Najib tidak lagi memberinya ruang untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO yang sepatutnya dilakukan beliau sebagai Timbalan Presiden.

“Tugas sebagai Timbalan Presiden parti adalah untuk membantu Presiden dan mempengerusikan mesyuarat parti apabila ketiadaaan Presiden.

“Tetapi saya tidak faham apabila saya hadir mesyuarat biasa yang sepatutnya dipengerusikan oleh saya tetapi diambil alih oleh Presiden (Najib) dengan alasan mesyuarat itu dikatakan mesyuarat Khas.

“Tetapi apabila saya hadir dan saya lihat itu mesyuarat biasa… Jadi saya tidak tahu apa masalah saya…adakah saya tak ada keupayaan ke ataupun hanya kerana dia (Najib) tidak mempercayai saya lagi?,” katanya dalam satu Forum Bicara Minda: Berani Kerana Benar di Sinar TV.

Muhyiddin juga mempersoalkan tindakan Najib itu yang dianggap tidak menghormati peranannya dan keputusan ahli parti yang telah memilihnya.

“Saya berpendapat ini seolah-oleh tidak menghormati keputusan ahli-ahli parti yang telah memlih saya sebagai Timbalan Presiden,” katanya yang mendapat tepukan daripada penonton.

Tiada ulasan: