Isnin, 5 Oktober 2015

Ku Nan: 'Dia pula soal kita, tak gila kaaa'

Ku Nan: Dia pula soal kita, tak gila kaaa'
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Projek RUMAWIP Residensi KepongMas, di Kepong, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
 
 
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai tidak siuman apabila mempersoalkan surat tunjuk sebab ke atas bekas menteri itu.

Tengku Adnan berkata, beliau enggan melayan tindakannya itu dan menyerahkan perkara tersebut kepada peguam parti sebelum dibawa ke Lembaga Disiplin Umno.

"Hari ini dia jawab surat saya, dia pula soal saya, saya tak apa laa, saya bagi kepada peguam saya (Umno), suruh peguam saya jawab dia.

"Lepas itu saya akan hantar surat dia kepada Lembaga Disiplin, itu bukan tugas saya untuk pecat dia, kerana kita tahu kenapa dia pergi, lepas itu dia pula soal kita, tak gila kaa," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Projek RUMAWIP Residensi KepongMas, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) semalam yang mendakwa surat tunjuk sebab dari Umno kabur.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saifuddin jawab tapi minta penjelasan]

Saifuddin mendakwa surat tunjuk sebab itu tidak dihantar kepadanya sebagai ahli Umno dan ia datang dari pejabat parti dan bukannnya Lembaga Disiplin parti itu.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu juga mendakwa surat tunjuk sebab itu turut tidak menyatakan fasal dalam Perlembagaan Umno di atas kesalahannya menghadiri Rundingan Meja Bulat pembentukan Pakatan Harapan bulan lalu.

Tiada ulasan: