Jumaat, 16 Oktober 2015

Khutbah: Silap tak kaitkan hijrah dengan Negara Islam

MALAYSIAKINI


 


Sempena sambutan Maal Hijrah kelmarin, khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengingatkan bahawa peristiwa itu berkait rapat dengan pembinaan daulah Islamiah (negara Islam).

Teks khutbah mengingatkan, menjadi kesilapan membicarakan peristiwa hijrah Nabi Muhammad tanpa mengaitkannya dengan agenda menegakkan sebuah negara Islam.

“Hijrah dan daulah (negara) dua kalimah yang penuh bermakna dan saling berkait rapat antara satu sama lain.

"Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan,” menurut teks khutbah Selangor.

Mimbar juga menyebut agenda negara Islam adalah matlamat utama Rasullullah dan sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Ia, katanya, bukan setakat untuk memperkatakan masalah individu tetapi turut merangkumi hal ehwal kemasyarakatan dan negara.

“Hijrahnya Nabi SAW dan kota Mekah ke Madinah bukan setakat berpindah tempat tetapi turut menghijrahkan keadaan daripada umat yang lemah kepada gagah, yang tertindas kepada yang bergerak cergas, yang melarat kepada yang berdaulat, dakwah dalam lingkungan terbatas kepada masyarakat luas,” kata khutbah.


Tiada ulasan: