Khamis, 22 Oktober 2015

Jerebu, antara bala dan iltizam politik




Oleh CORETAN MARHAEN


HARI ini untuk ke sekian kalinya semua sekolah di Me­laka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak di samping daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah terpaksa ditutup gara-gara jerebu.

Selepas ditutup semalam, arahan penutupan terpaksa di­sambung hari ini selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit masih merekodkan tahap Tidak Sihat.

Turut menyertai arahan penutupan sekolah hari ini adalah di daerah Muar, Ledang dan Segamat di Johor.

Ekoran penutupan 3,029 buah sekolah yang terlibat, ini bermakna seramai 1,909,842 orang murid di negeri dan daerah tersebut tidak perlu pergi ke sekolah.

Walaupun calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) masih perlu ke sekolah menduduki peperiksaan berkenaan, mereka terpaksa memakai topeng muka.

Di sesetengah sekolah yang sedang menjalankan peperiksaan akhir tahun pula, peperiksaan terpaksa ditangguhkan. Jadual peperiksaan dan persekolahan mereka akan berubah.

Ada sekolah yang sudah merancang mengadakan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan akademik pelajar seperti Sekolah Menengah Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor, semalam terpaksa menangguhkan keesokan harinya iaitu hari ini. Malangnya hari ini pun sekolah ditutup, dan majlis itu terpaksa ditangguhkan lagi.

Bagi pihak sekolah yang sudah merancang program pemantapan pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menjemput penceramah luar, arahan penutupan terpaksa ‘dilanggar’ demi anak-anak yang akan mula menghadap kertas peperiksaan itu 2 November ini. Program diteruskan untuk mereka di dalam bilik mesyuarat dan surau yang ada pendingin hawa.

Pokoknya jerebu membuatkan jadual harian kita huru-hara. Sesi persekolahan terganggu. Program yang dirancang tergendala.

Guru-guru pening kepala memikirkan silibus yang mungkin belum habis, atau peperiksaan akhir tahun yang terpaksa dijadualkan semula.

Bagi ibu bapa lebih sejuta murid dan pelajar yang terlibat dengan arahan penutupan sekolah gara-gara jerebu ini pun ikut pusing dan pening kepala.

Apa tidaknya, rutin harian yang teratur selama ini menjadi cacamarba jadinya.

Tidak apa jika salah seorang daripada pasangan suami isteri tidak bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa. Tidak apa juga jika ada amah sepanjang masa di rumah. Jadi tidak perlu risau meninggalkan anak yang ‘direhatkan’ kerana penutupan sekolah ini di rumah.

Tetapi bagaimana jika kedua-dua ibu bapa bekerja? Tempoh waktu dari 7.30 pagi hingga 2 petang setiap hari Isnin hingga Khamis manakala Jumaat sehingga 12.30 tengah hari, anak-anak ini selalunya berada di sekolah. Sekarang hendak diletak di mana?

Ibu bapa bekerja selama ini dapat bekerja dengan tenang dan selesa. Maklumlah anak-anak di sekolah, ada cikgu yang menjaga.

Namun jerebu me­ngacau rutin harian mereka. Ke mana pula hendak ‘ditinggalkan’ anak-anak ini sementara mereka pergi be­kerja?

Kalau yang sudah bersekolah menengah, boleh tahan lagilah. Tetapi bagaimana pula yang bersekolah rendah atau masih prasekolah? Satu masalah pula dibuatnya.

Kalau ibu bapa ‘bos’ di syarikat sendiri, tentu tidak ada masalah untuk membawa anak-anak ke pejabat.

Tetapi bagaimana pula yang bukan bos, lebih-lebih lagi yang persekitaran tempat kerjanya cukup rigid dengan peraturan ketat. Orang yang kerja bank, penguat kuasa, doktor, peguam dan sebagainya.

Sekali lagi hakikatnya jerebu mengganggu kehidupan seharian kita rakyat Malaysia.

Bukan sahaja kualiti udara untuk kita bernafas terjejas, kualiti kehidupan kita juga turut sama menerima impaknya.

Apabila kualiti kehidupan sudah terganggu dan terjejas kesannya kelak sudah pasti tali-temali. Tahap kesihatan penduduk di kawasan terjejas jerebu pasti merosot, ramai yang akan mengambil cuti sakit (MC) termasuk yang tidak ada orang untuk menjaga anak yang ‘dicutikan’ daripada bersekolah. Akhirnya produktiviti turut terjejas.

Bukan sahaja produktiviti guru yang terganggu jadual pengajarannya, bahkan murid dan pelajar yang terbantut pembelajaran dan tumpuan mereka, begitu juga ibu bapa yang tergendala rutin harian, seterusnya organisasi terlibat dan akhirnya negara pasti menerima tempiasnya.

Malangnya jerebu yang ‘dihantar’ oleh negara jiran Indonesia terus bermaharajalela dan tidak tahu sampai bila akan lenyapnya.

Berita terbaru dari seberang, masalah pembakaran terbuka ladang-ladang di Sumatera yang menjadi punca utama jerebu telah merebak ke kawasan baharu. Akibatnya angin monsun yang diharapkan untuk meniup pergi jerebu ke lautan tidak berupaya memindahkan masalah yang menyelubungi la­ngit dan atmosfera kita. Fenomena El-Nino atau cuaca panas kering yang bakal menyusul Disember depan pula dijangka memburukkan lagi keadaan.

Jika kebakaran di Sumatera dan wilayah Kalimantan masih lagi tidak berjaya dipadamkan, bayangkan keadaannya apabila El-Nino melanda. Pasti sahaja umpama api dalam sekam, baranya akan membesar dan membakar lebih banyak ladang dan hutan. Dan kita di Malaysia akan terus bernafas dalam asap jerebu.

Seorang ustaz mengatakan ini bala daripada Tuhan dan menyarankan agar kita berdoa untuk mengenyahkan bala ini.

Sementara tidak salah, bahkan mungkin elok kita berdoa mengharapkan perlindungan-Nya, doa sahaja tentu tidak cukup untuk memadamkan kebakaran dan menghapuskan jerebu dari langit negara-negara Asia Tenggara.

Suatu tindakan drastik, bersepadu dan tegas perlu diambil dan digerakkan oleh negara anggota ASEAN untuk mengatasi masalah ini.

Jangan berdolak-dalih dan bertangguh-tangguh lagi.

Oleh kerana tangan-tangan manusialah yang menjadi punca musibah ini, manusia jugalah yang perlu menangani­nya.

Seorang wak dari Indonesia yang sudah lama bekerja di restoran mamak popular di kawasan tempat tinggal penulis di Shah Alam, ketika ditanya tentang jerebu pantas menjawab: “Ah! Ini semua politik.”

Sementara penulis sama sekali tidak percaya yang jerebu berpunca daripada politik sebaliknya kedangkalan manusia terhadap alam sekitar, penulis yakin dan percaya krisis je­rebu hanya dapat diselesaikan dengan iltizam politik.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2015 boleh memimpin dan menerajui negara-negara anggota untuk menamatkan krisis ini, once and for all. Platformnya sudah tersedia, hanya menunggu iltizam tanpa politiking. - www.utusan.com.my

1 ulasan:

77777 berkata...

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Ataumencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D
































saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D