Ahad, 25 Oktober 2015

Ibu bapa pilih sekolah agama swasta bina identiti Islam sejak kecil



Pengarah Iman Research Altaf Deviyati berkata ibu bapa Islam memilih hantar anak ke sekolah agama swasta kerana ia membantu membangunkan identiti Islam sejak usia muda. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 25 Oktober, 2015.Pengarah Iman Research Altaf Deviyati berkata ibu bapa Islam memilih hantar anak ke sekolah agama swasta kerana ia membantu membangunkan identiti Islam sejak usia muda. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kebimbangan mengenai standard yang merosot di sekolah kerajaan bukan saja membabitkan prestasi akademik tetapi juga pendidikan agama, menyebabkan ibu bapa Islam memilih menghantar anak mereka ke sekolah agama swasta kerana ia membantu membangunkan identiti Islam sejak usia muda, sebuah forum pendidikan dimaklumkan. 
 
 Pengarah Iman Research Altaf Deviyati membuat rumusan ini selepas menemuramah ibu bapa dari 2 sekolah di Lembah Klang iaitu Sekolah Rendah Islam (Seri) Abim di Sungai Ramal dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin di Gombak.

Seri Abim dikelolakan pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sementara SRI Al-Amin diuruskan badan bukan kerajaan Pertubuhan Ikram Malaysia.

"Mereka khuatir sekolah kerajaan tidak membina sebarang jenis identiti dan ini merupakan kebimbangan terbesar mereka. "Mereka benar-benar mahu anak mendapat pendidikan agama dari awal. Mereka merasakan sukatan pelajaran agama di sekolah kerajaan sangat terbatas kepada apa yang boleh dan apa yang tidak boleh saja.

"Mereka mahu lebih daripada itu. Mereka mahu anak berupaya meneroka konsep dan konteks pemikiran agama bagi membina identiti diri sebagai orang Islam," kata Altaf pada forum anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) di Kuala Lumpur itu semalam.

Forum itu bertajuk 'Mengintai ke dalam Sekolah Swasta di Malaysia – Adakah ia benar-benar lebih baik daripada sekolah kerajaan?'.

Altaf berkata, ibu bapa juga tertarik dengan hakikat sekolah ini dibina atas nama gerakan Islam tertentu, dan para pemimpin Abim dan Ikram mempunyai satu pandangan khusus mengenai Islam seperti yang mereka mahu.

"Orang cenderung untuk menganggap 'pendidikan berkualiti' sama saja maksudnya kepada semua orang.
"Pendidikan berkualiti lebih daripada mendapat semua A.

"Bagi sekolah ini sekurang-kurangnya, ia merupakan satu pandangan menyeluruh tentang jenis manusia yang bagaimana anak mereka harus jadi dan ini salah satu sebab utama mereka memilih sekolah ini," katanya.
Profesor Madya Dr Grace Lee dari Monash University Malaysia bercakap kepada hadirin di forum 'Mengintai ke dalam Sekolah Swasta di Malaysia – Adakah ia benar-benar lebih baik daripada sekolah kerajaan?' di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 25 Oktober, 2015.Profesor Madya Dr Grace Lee dari Monash University Malaysia bercakap kepada hadirin di forum 'Mengintai ke dalam Sekolah Swasta di Malaysia – Adakah ia benar-benar lebih baik daripada sekolah kerajaan?' di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim. 
Seorang lagi ahli panel forum, Profesor Madya Dr Grace Lee dari Monash University Malaysia berkata, ibu bapa yang ditemuramah kebanyakannya bercakap tentang kurangnya keyakinan mereka terhadap sekolah kerajaan. 
 
Contohnya, ketika kerajaan memutuskan untuk menghentikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau yang membuat kajian mengenai sekolah persendirian Cina berkata, kaum Cina juga melihat pendidikan bahasa ibunda sebagai satu cara mengekalkan akar budaya mereka.

"Pencapaian akademik bukan satu-satunya perkara yang mereka lihat, mereka juga mahukan pembentukan peribadi dan merasakan nilai Confucius masih terpelihara di sekolah ini.

"Jadi, ia tempat yang baik untuk anak mereka membina watak," katanya.

Lee berkata, memandangkan sekolah ini tidak menerima sebarang pembiayaan kerajaan, pelajarnya terlibat secara aktif dalam mengumpul dana, dan ini turut membantu membina peribadi mereka.

"Mereka tahu betapa sukarnya mendapatkan wang sendiri untuk membiayai pendidikan, dan ini membantu mengukuhkan pemahaman mereka tentang tanggungjawab sosial dan membangunkan kemahiran untuk menjadi pemimpin beretika dan berintegriti serta dapat menyumbang kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa tidak begitu bimbang walaupun peperiksaan United Examination Certificate yang diduduki anak mereka tidak diiktiraf untuk kemasukan ke universiti tempatan.

Ini kerana, katanya, lebih 400 universiti di seluruh dunia, termasuk di Perancis, Jerman dan United Kingdom, mengiktirafnya


Tiada ulasan: